Radio Karat Aku

Sunday, May 31, 2009

Selamat Pagi Cikgu ~ Selamat Pagi Puan

Salam and hai budak2 Jalil...

Guys, u all ingat lagi tak dengan teacher Sabariah, Teacher Liza and Cikgu Nik Asma? Mmm... kalau budak2 kelas 2 Kemas (2001), 3 Jujur (2002) and 5 Ceria (2004) dengan aku, semestinya kenal cikgu2 ni... Cikgu2 ni semua dah jadi lectuter tau. Naik pangkat gitu...

Teacher Liza, aku jumpa masa kat library. First time tengok muka dia, aku dah cam dah tapi aku takut salah orang. Nasib baik dia pakai name tag. Kalau tak, aku memang tak tegur lah... Takut salah orang. Huhu...

Teacher Sabariah pulak aku jumpa masa koir konvo kat Putrajaya. Actually, aku dah nampak dia sejak tahun lepas lagi tapi aku takut salah orang. Sehinggalah 3 hari yang lepas (28 May 2009), masa aku nyanyi untuk konvo lagi, aku memberanikan diri jumpa dia and salam dengan dia. Aku berani jumpa dia pun sebab dia pakai name tag. Tak lah aku tersilap orang.

Cikgu Nik Asma aku tak jumpa lagi... Dia sekarang ni mengajar dengan Teacher Sabariah kat IP Teknik. Teacher Liza pulak mengajar kat IP Ilmu Khas. Dia ajar budak tadika. Cute sangat.

Sem lepas aku buat macro teaching dengan budak2 tadika. Teacher Liza dengan tutor aku observed aku. Huhu... tak sangka, cikgu aku dulu tengok aku mengajar. Malu sehhh....

Masa aku jumpa Teacher Sabariah, ingatan aku terus lekat kat arwah Ijai... Huhu... Sebab arwah de buat lagu untuk teacher. Lagu ni buat main2 je masa zaman remaja dulu. Tak de niat nak ejek pun. Maklumlah.. zaman nakal... Rindu dengan celoteh arwah... huhu...

Pejam celik, pejam celik, dah hampir 5 tahun arwah tinggalkan kita. Al-Fatihah untuk arwah Zainuddin..... Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang2 yg soleh....

Akukah Guru???


Masa aku kecik2 dulu aku ni kira nakallah jugak. Geng2 aku ialah budak2 kampung yg malas nak belajar. Semua kepala otak fikir nak main je. Mandi sungai... main kat belukar... main basikal... mencarut... baling biji getah... baling lumut... curi buah... kacau anak orang... ejek2... main terup... main judi pun pernah. Alah... judi budak2 kecik, setakat 10 sen, 20 sen je... tapi judi jugakkan? Hahha....

Kalau setakat tali pinggang abah dengan hanger tu, aku dengan abang aku dah tak hairan dah. Dah kebal dah. Hampir setiap hari kami kena bantai. Padan muka kami. Baik sangat! Haha... Tapi kesian la kat abang aku... Dia paling banyak kena habuan sebab dia yg besar. Padahal yg banyak buat salahnya aku. Walau apa pun, aku berterima kasih pada mak dan abah sebab berjaya mendidik aku dan abang aku sehingga kami berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

Nak dipendekkan cerita, sekarang ni aku bakal seorang guru. Gurukah aku? Itulah persoalannya. Mengingatkan kembali kenakalan aku dulu, aku tersenyum sendiri. Kawan2 aku yg kepala otaknya nak main je tu sekarang ni ada yg bakal jadi engineer, businessman, doktor and nurse. Waaahhh... gitu!! Meletup2 kerja diorang ni. Aku pulak bakal guru muzik.

Rindu rasanya zaman kanak2 dulu. Walaupun aku tinggal di kawasan kampung yg serba kekurangan tapi aku tak pernah pun rasa kurang. Aku rindu cubitan dan bebelan mak, marahan abah, dan ejekan kawan2. Sekarang ni zaman dah berubah. Mak dah tak pernah cubit atau hayunkan tali pinggang abah kat aku lagi. Mungkin aku dah besar dan perangai aku pun dah semakin baik. Baik ke aku? Haha.. Abah pun dah tak de... Kawan2 pulak semua dah jauh belajar...

Ada satu lagu yg kawan2 aku nyanyikan untuk aku masa aku kecik dulu:

" Gemok gedempol, tendang masuk gol!!"

Haha... Lawaknya lagu tu. Lagu yg abang aku cipta pulak

" Mana do... Kudo.. Spendo... Mak ko jando.. Bapak ko dudo.." Hahaha... Apalah... Macam2!!

Sambut Hari Jadi Ke-2


Hari ni 6 Jamadil Akhir 1430 hijrah. Sekejap je dah masuk bulan Jamadil Akhir. Kalau ikutkan kalender hijrah ni, aku lahir 29 Jamadil Akhir 1407. Mmm... ada dalam 23 hari lagi kalau aku nak sambut hari jadi dalam bulan Islam. Hari jadi....? Aku dah lama tak sambut hari jadi. Kadang2 aku lupa, kadang2 aku saje je buat2 lupa. Housemates aku la yg rajin kejutkan aku tengah2 malam and nyanyi lagu birthday untuk aku. Hehe... Thanks guys!!
Kepada kwn2 lain yg sambut birthday bulan Jamadil Akhir ni, aku ucapkan selamat hari lahir lah... Semoga panjang umur, disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki... Sedikit penerangan tetang bulan Jamadil Akhir.


Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu, air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.


Peristiwa2 penting bulan Jamadil Akhir :

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang.Tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.