Radio Karat Aku

Wednesday, June 24, 2009

Jumpa Lagi, Makan Lagi, Bercerita Lagi


Fren 4ever...

Baru2 ni (21 Jun) dak2 kelas 5C and 5B wat makan2 kat Tekali. Tapi de gak sorang dak 5A yg sesat datang. Sape lg kalo bukan Aizan. Dia tu mmg sokmo menyelit reunion orang. Malam tu 1st time aku masuk Tekali... Dah nak dekat kol 10 dah. Perut pun dah berdondang sayang kelaparan. Alahai...



Aku n Syura



Nanie n Jimah

Tempat tu ok la... Plan asalnya nak wat bbq. Man kata kalau takat 10 orang tu dia nak support semua. Wah....baiknya Man... Tapi entah macam mana plan bertukar pulak nak makan ikan bakar. Kat mana entah. Aku pun tak pernah sampai tempat tu. Tiba2 malam tu kata nak makan kat Tekali la pulak... Mmmm.... Aku on je.. Pasal tujuan asalnya bukan la nak makan sangat pun... Nak jumpa member2 lama....



Man

Citer punya citer tiba2 termasuk lak citer pasal rumah hantu. Huhu... Alkisahnya, P-jah and the geng pergi bercuti kat Janda Baik. Member P-jah ni dapat home stay yang murah. Dalam RM100++ je smalam. Kira ok la kan... 1st time jejakkan kaki, P-jah kata mmg dah rasa seram pun. Kawasan rumah tu macam zaman British dulu2. Ada gambar budak kecik pakai gaun kat dinding... Gambar tu macam hidup tapi tak hidup. Ada banyak lagi gambar seram. Merata tempat lak tu. Seram oo... Rumah tu dijaga oleh seorang nenek. Nenek tu pun nampak macam pelik jer... Alahai... Bulu roma aku dah naik dah ni. Tak pe, aku teruskan jugak! Semangat lak nak bercerita.

Malam tu, P-jah and the geng tak dapat tidur. Seram... Then nak dijadikan cerita, diorang terdengar macam ada orang berjalan kat luar bilik. Memandangkan lantai tu lantai kayu, boleh la agak2 langkah kaki tu kat mana. Kalau aku la kan, aku tak leh la nak bayangkan macam mana keadaan aku masa tu dok dengar bunyi orang yang macam bukan orang berjalan menghampiri aku. Mau pengsen aku dibuatnya. Then, terdengar pulak bunyi macam rambut yang diseret2 kat lantai. Alahai... Takut aku!! Yang kawan P-jah lak handsetnya hilang tiba
2. Dah merata tempat cari tapi tak jumpa. Nak cari kat "tempat2" yang "tak masuk dek akal" macam labu air, pasu and laci takut la pulak. Takut jumpa benda lain. Huhu... Akhirnya, selamatlah handset tu menghilangkan dirinya.

Esoknya diorang check-out. Nasib baik la dok semalam je... Rupa2nya tempat yang diorang stay tu adalah tempat yang selalu orang buat filem seram. Tempat tu
mmg keras siket. Nasib baik la P-jah and the geng tak de yang kena kacau atau terbawa balik sesuatu. Huhu....



P-jah n Jue

Then, P-jah meneruskan cerita seramnya tentang buku yang dibaca kat MPH (almaklum la keje kat sana). Tajuk buku tu, "Berdialog Dengan Jin". Subhanallah... Seram aku bila dengar P-jah citer.

Sebenarnyakan manusia ni boleh berdialog dengan jin tapi adalah cara2 dia. Aku tak nak la bgtau cara2 dia kat blog ni sbb takut tersalah tulis. Tapi cara tu agak menyeramkan la... Kalau korang nak tau jugak, beli la sendiri buku tu. Bila dah boleh berdialog dengan jin and boleh rasa kehadiran jin tu, rupa2nya kita boleh pulak menuntut ilmu untuk ubatkan orang. Huhu... wawawa... kalau aku, aku tak sanggup...

P-jah kata, kalau jin tu dah minat kat someone, biasanya orang tu payah dapat jodoh... Orang2 sekeliling pun macam tak nak kacau2 dia. Ye la... Maybe jin tu nak miliki orang tu sorang je... Jin ni pulak suka orang yang suka dok dalam bilik air lama2. Huhu... Aku selalu lama dalam bilik air. Aku harap "depa" ni tak suka la kat aku... Jin jugak suka kat orang yang suka berangan2, dok sorang2, cakap sorag2, selalu sedih...

Dalam buku tu pun de cerita gak, kalau kita nak tau diri kita ni terkena buatan orang, try mengaji quran surah yang panjang2 macam surah yasin. Biasanya orang yang terkena buatan orang ni tak kan dapat habis baca surah tu. Diorang ni mungkin akan rasa mengantuk or panas... Alhamdullah... Nasib baik aku dapat habiskan baca surah yasin setiap malam jumaat untuk arwah abah.

Sunday, June 21, 2009

Konsert KPM 2009 - Menjunjung Kasih

Bertemu lagi.. 8 hari berada di KL International Hotel untuk persembahan di PWTC cukup memenatkan. Bangun pukul 5.30 pagi pukul 12.00 malam belum tentu tidur lagi... Huhuhu... Tapi ok la... Pengalaman yg ditimba sangat berharga...Adik2 bahagian musician, vokal and penari semua baik2 belaka... SM dan ASM pun sangat mengambil berat hal kami...


Barisan krew dari IPGM IK


Konsert kali ni sepatutnya dihadiri oleh sultan kita tapi baginda tak berkesampatan hadir kerana berada di luar negara untuk pertandingan polo. Jadi, Dato' Muhyiddin Yasin datang sebagai wakil. Ramai juga menter2 dari negara komenwel yg datang. Mereka cukup gembira dan kagum dengan persembahan2 yang diadakan sehinggakan ada seorang menteri dari negara Arab yang memeluk cium adi
k Ilham berkali2 kerana kagum dengannya..haha...


Cik Nab, Ilham dan guru pengiring Nazri

Dalam kesibukan krew2 menjalankan tugas, kami sempat juga berkenalan, borak2 and bergambar dengan musician2, penyanyi2 dan penari2..


Bersama Rifanzi sebelum show pertama



Nadia...perempuan melayu paling cantik pernah aku jumpa - Rose Malaya



Bersama adik Haqiem dan Faiq


My Pisang~Wong Chin Loong

Tuesday, June 9, 2009

Koir Lagi...




Alahai... Apakan daya... koir lagi.. Tapi aku suka sebab dah abis exam. Pergi pun dengan fikiran yg kosong. Walaupun koir ni cuma beberapa minit je tapi kami kena buat preparation beberapa hari... Sebab tu aku suka pergi masa otak tak berserabut. Kali ni kumpulan koir campur KPLI, PISMP-OUM, PISMP sem 5 and PISM sem 1. Wahh..., ramai gitu... ni lah first time seumur hidup aku koir ngn warga blok muzik. Seronok mmg seronok. Macam2 ragam and macam2 pengalaman. Hehehe...





Koir kali ni (2 Jun) diadakan di Dewan Za'ba, IBMM untuk Pelancaran Buku Sejarah Perguruan Malaysia. Menteri Pelajaran kita merangkap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Muhyiddin bin Ahmad Yasin hadir melancarkan majlis pada hari tersebut. Datin Asariah pun hadir jugak. Pendek kata, ramailah menteri2, pegawai2 PPD, JPN dan pensyarah2 yg hadir. Semua muka2 berpangkat besar. Wartawan pun de datang jugak. Yang aku nampak wartawan RTM je la... Pasal aku dok belakang pentas. Usha sikit2 je..

Buku Sejarah Perguruan Malaysia ni menerangkan tentang sejarah perkembangan profesion perguruan di Malaysia sejak zaman British dalu hinggalah sekarang. Aku sempat juga belek2 buku tu. Ada banyak gambar. Seronok untuk orang yang kurang gemar membaca seperti aku. Ahaha...



Tak sangka JPP IPIK sudi datang (Adham and his friend. Tak ingat nama lah). Terima kasih kerana datang and bagi support. Am denagn kawan dia tu siap pakai kot lagi. Am kata, patutnya ramai lagi JPP yg nak datang tapi tinggal 2 orang ni aje. Tak pe... Ni pun dah kira bagus. Terasa jugak kami ni diingati dan dihargai.

Koir IPIK dapat tepukan yg gemuruh and pujian dari banyak pihak (bukan nak bangga tau. jangan salah faham. huhu...) Pengarah kita pun senyum lebar je masa majlis tu. Alahai... dah dapat pujian. Kalau aku pun, aku senyum sampai ke telinga! Hehehe....

Koir Konvo KPLI 2008

Lepas je exam 26 Mei ari tu, kami budak2 muzik PISMP sem 5 and budak2 junior PISMP sem 1 tak terus merdeka... Kami de latihan koir untuk konvo KPLI kat Dewan Sri Siantan, Putrajaya. 2 hari je... Kali ni kami tak tidur kat mana2 hotel seperti koir2 yg dl. Alahai.... kol 6.30 pg dah naik bus. Huhu.... Persembahan gamelan pun IPIK tak join. Bukan pe, cuma nak bg peluang IPIS buat persembahan gamelan and IPIK persembahan koir. Tu je... Tak gaduh2, ok....

Konvo kali ni just utk IP di bahagian zon tengah spt IPIK, IPRM, IPT, IBMM, IPIS, IPBA dan IPELTC (Institut Perguruan Kampus English Language Teaching Centre).

Ramai jugak jumpa ex-students IPIK. Tapi tgk dari jauh je lah...coz kami dok atas pentas...diorg dok kat tempat duduk diorg lah... Ada yg dah pregnant - tahniah! Ada yg dah semakin "mengembang" - alahai....bahagia agaknya.... Ada yg dah nampak semakin matang - dah ada jiwa guru.

And tak sangka jugak jumpa cikgu SKSB (SK Sungai Besi), Cikgu Akma. Cikgu ni geng PPIM ngan aku masa aku pratikal kat SKSB. Tahniah la cikgu. Cikgu dah gred. Sy ni insyaAllah coming soon.

Graduan terbaik IPIK KPLI 2008 keseluruhan dan praktikum disandang oleh Nurulhuda Bt Jamar. Akademik, Isyanti Bt Mohammad, and kokurikulum, Luk TEck Hua. Tahniah la pd akak bertiga. Semoga terus berjaya. Succes2!!

Bengkel 2 - Konsert Kementerian

Pada 15 - 19 Mei yg lalu telah diadakan Bengkel ke-2 Konsert Kementerian di KL International Hotel... Aku pun dok sana 5 hari... huhu.... Konsert Kementerian? Apa tu? Mmmm... Actually, ramai lg yg tak tau pasal konsert ni sbb masih ramai kwn2 yg tanya pd aku, "apa benda tu??"

Konsert Kementerian bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Konsert ini diadakan setiap tahun. Tujuannya untuk mencungkil bakat murid2 dan guru2 dalam bidang muzik untuk dipersembahkan kepada menteri2 dan sultan Malaysia. Kali ini Konsert Kementerian berlangsung sempena Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel di ibunegara. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan berangkat mencemar duli ke Konsert KPM 2009 tersebut bersama delegasi Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel....

Bagi org2 yg bekerja di belakang tabir seperti aku dan kwn2 aku yg lain, kami dapat be
lajar bagaimana menguruskan sesebuah konsert... Bukan senang woooo.... nak jaga artis...mic..keluar masuk artis...pakaian...even benda2 kecik macam bg vitamin and air mineral pun kami buat...tak pe... tu semua pengalaman...





Musician, conductor, director, penyanyi, penari, koreografor, komposer, krew dan sound system semuanya dikendalikan oleh warga KPM iaitu murid2 sekolah, guru2, guru2 pelatih, pegawai2 JPN dan PPD serta pensyarah2 maktab.


Kali ini ramai artis2 baru yg diperkenalkan antaranya adik Afiq, Haqiem, dan Azidi yg bakatnya terserlah dalam rancangan realiti TV Idola Kecil. Student IPIK pun ada yg terlibat juga, tak lain dan tak bukan Kak Ifti, Kak Emily, Kak Sha, Ozal dan Lim.




Malam 19hb Mei telah diadakan pratonton untuk penambahbaikan pada ms akan dtg. Artis yg turut hadir ialah Noraniza Idris. Dia datang sebagai pengkritik. Ada juga menteri2 lain yg datang untuk support. Nama2 menteri tu aku tak tau. Aku kenal Datin Asariah je.. hehe... Ada jugak la kwn2 maktab yg datang bagi support macam Raja Nadia and her "friend", Amirul, Pesot and ramai lagi lah... Thanks guys!! Hey, nnt datang la untuk pratonton 16 and 17 Jun nanti. Lagi best tau!

Monday, June 1, 2009

Cinta Termiliki...















Fathi dan Yuni berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Mereka ke sekolah sama2, rehat sama2, balik sekolah pun sama2... Yuni suka pada Fathi... sebenarnya... cinta.


Ibu Yuni tak suka pada Fathi sebab Fathi anak terbiar. Ibu bapa Fathi bercerai sejak dia berusia 2 tahun. Fathi dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak terurus tapi Fathi seorang yang pandai. Dia adalah antara pelajar terbaik di sekolahnya.

Yuni sedar, semakin dia menginjak remaja, semakin dalam cintanya pada Fahti. Begitu juga Fathi... Tapi, Fathi takut untuk meluahkan isi hatinya. Ye lah... duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi. Namun, hati masing2 dah mengerti. Bicara mata lebih jelas dari ucapan bibir.

Pada suatu hari, ibu Yuni memberi amaran kepada Fathi agar menjauhkan diri dari Yuni. RM10,000 diberikan sebagai ganjaran. Fathi cuba menolak secara baik tapi ibu Yuni tetap berkeras dan mengupah beberapa orang kaki pukul memukul Fathi sehingga dia dimasukkan ke hospital.

Pada hujung bulan depan, Yuni akan dikahwinkan dengan seorang usahawan kaya. Walaupun Yuni sedih dan kecewa dengan paksaan ibunya itu, dia tetap akur. Yuni tiada pilihan lain. Setelah kehilangan khabar dari Fathi dan mendapat keputusan yang kurang baik dalam SPM, dia membiarkan sahaja ibunya mengatur masa depannya. Mungkin inilah yang terbaik.

Ketika ingin mengambil baju pengantin di sebuah butik terkenal di ibu kota, Yuni kemalangan. Akibat dari hentakan yang kuat di bahagian kepala, beberapa saraf yang menghubungkan telinga dan otaknya telah rosak manakala peti suaranya mengalami kecederaan yang teruk.

Majlis perkahwinan di batalkan. Yuni mengambil keputusan meninggalkan Malaysia untuk mencari ketenangan. 5 tahun Yuni melayari hidup sebagai seorang wanita pekak dan bisu di Zurich, Switzerland bersama sepupunya, Zatty.

Sejak kemalangan itu, hidup Yuni banyak berubah. Dia lebih suka menyendiri membaca novel sambil melihat matahari terbenam. Zatty sedar akan perubahan diri Yuni. Semakin hari semakin mengasingkan diri. Zatty tahu Yuni masih ingat pada Fathi dan cintanya Fathi tak pernah kurang. Yuni pernah beritahu Zatty dalam bahasa isyarat bahawa dia tidak sanggup berjumpa Fathi dalam keadaan dirinya seperti ini. Dia malu... Kerana itu, dia ingin jauh dari Malaysia dan jauh dari orang2 yang pernah mengenalinya.

Semasa ulang tahun Yuni ke-24, Zatty membawa Yuni berjalan-jalan di tepi pantai. Yuni gembira tapi sebenarnya dia sengsara. Sengsara mengenangkan seseorang yang dia sendiri tidak tahu khabar beritanya. Zatty membiarkan Yuni berjalan sendirian, mencari ketenangan diri...

Dari kejauhan, Yuni terlihat satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Tubuh yang tak pernah berubah dan tak pernah hilang bayangan fdari ikirannya. Fathi!!!

Fathi merapati Yuni. Hanya mata bertaut mata... Tiada sepatah tutur bicara... Fathi membuat isyarat tangan " saya sayang awak " dan " sudikah awak menjadi teman hidup saya? " .

Yuni menangis... menangis kerana terlalu lama menanggung rindu. Menunggu ungkapan yang ingin sangat dizahirkan oleh Fathi... Yuni bersyukur ditemukan kembali bersama Fathi.

* imbas kembali

Fathi yang terlantar di hospital akibat cedera parah dipukul mendapat tahu Yuni juga berada di sana kerana kemalangan. Keadaan Yuni ketika itu tidak mengizinkan sesiapa pun melawatnya. Fathi berjumpa Zatty dan meminta izin untuk melawat Yuni tetapi tidak berjaya. Zatty berjanji akan memberitahu perkembangan semasa tentang diri Yuni walaupun mereka berpindah ke Switzerland.

Melihatkan keadaan Yuni, Fathi bertekad untuk menjaga dan melindungi Yuni seumur hidupnya. Dia ingin hidup dalam dunia Yuni. Dunia tanpa suara... Duit yang diberikan ibu Yuni dulu tidak disia-siakan. Fathi melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti dalam bidang pendidikan khas masalah pendengaran. Fathi percaya, bicara cinta bukan sekadar bahasa....

Cerita Sang Katak


Pada suatu musim yg panas, terdapat seekor katak yg kehausan. Sang Katak pun mencari air di semua perigi berdekatan. Malangnya, semua perigi2 itu telah pun mengering. Sang Katak melompat2 lemah mencari sungai tetapi tidak ditemui. Sang Katak pun cuba mengorek lubang dengan harapan akan menemui punca air dari tanah.

Korek... korek... dan terus korek... Tiba2, Sang Katak terkorek sebiji batu. Sang Katak pun berfikir mungkin ini adalah lubang yg terdalam dan tidak mungkin menemui punca air dari tanah.

Sang Katak berputus asa. Ia pun melelapkan matanya di tepi lubang yg telah dikeroknya tadi. Oleh kerana terlalu haus dan kepenatan, Sang Katak pun mati....

Sebenarnya, punca air tersebut berada di bawah batu yg ditemui oleh Sang Katak tadi. Jika Sang Katak mengalihkan batu tersebut, punca air dari tanah akan terpancut keluar dan pasti ia dapat meminum air tersebut. Malangnya, Sang Katak begitu cepat berputus asa sehingga sanggup mati dari terus berusaha.

p/s : walau apa pun yg terjadi kt mesti berusaha sampai ke saat terakhir. Chayok2!!!