Radio Karat Aku

Sunday, May 1, 2011

Sakit Itu Nikmat Allah

Assalamualaikum w.b.t....

Sakit tu nikmat ke? Entahlah... tepuk dada, tanyalah hati. Ada yang anggap sakit ni penghapus dosa-dosa kecil, ada juga yang kata sakit ni bala, ramai juga yang kata sakit ni ujian dari Allah. Macam-macam jawapan la ada. Tapi bagi Cik Nab, sakit ni ibarat nikmat dari Allah. Memang la kadang-kadang Cik Nab sedih sangat kenangkan diri Cik Nab yang ibarat hidup segan mati tak mahu ni. Tapi sebagai hamba Allah yang terlalu kerdil dan terlalu banyak dosa ni, Cik Nab terima segalanya dengan redha. Bagi Cik Nab, Allah kurniakan sakit ni pada Cik Nab adalah sebagai satu nikmat untuk menjadikan Cik Nab manusia yang lebih tabah dan bersyukur atas segala kurniaan yang telah Allah berikan.

Cik Nab rasa macam nak berkongsi sikit cerita la... Kalau ada yang nak baca tu, boleh la teruskan tapi kalau ada yang tak nak, tak pe la... tak paksa...

Masa Cik Nab sakit dulu, ramai yang datang bertanya khabar. Rasa terharu sangat masa tu. Rasa diri ni betul-betul dihargai. Tapi bila ada yang tahu penyakit Cik Nab ni, ramai pulak yang cuba menjauhkan diri. Siap ada yang suspek Cik Nab la penyebab orang tu sakit. Sebabnya?? Sebab penyakit Cik Nab ni boleh berjangkit kepada orang lain. Sakit apa tu? Kalau orang-orang tua sebut sakit batuk kering. Kalau doktor sebut, TB...

Macam mana Cik Nab boleh dapat penyakit ni? Entah la... Cik Nab pun hairan jugak sebab Cik Nab dah lama tak batuk. Dah hampir 6 bulan Cik Nab tak batuk (masa keputusan TB dikeluarkan). Mulanya Cik Nab jumpa doktor sebab Cik Nab rasa macam ada ketulan kat bawah dagu. Cik Nab ingatkan benda tu kanser, tapi doktor kata tu adalah kelenjar yang memerangkap kuman. Kelenjar tu dah bengkak sebab ada banyak sangat kuman. Lepas tu, doktor suruh Cik Nab buat ujian mantox, ujian darah, DNA dan pembedahan kecil untuk tahu virus apa yang ada pada kelenjar tu. Bila keputusan spesimen keluar, doktor kata Cik Nab terkena jangkitan TB. Doktor beri ubat dan katanya tiada lagi rawatan di hospital tu lagi cuma ada surat susulan jika Cik Nab rasa tak sedap badan.

Lepas makan ubat, Alhamdulillah, selera makan dah bertambah dan badan pun rasa semakin sihat. Tapi yang tak sedap hati tu, ada pulak yang menganggap Cik Nab la yang sebarkan penyakit ni di tempat kerja. Kecil hati Cik Nab masa tu...
Cik Nab ada dengar soksek-soksek di tempat kerja yang mengatakan Cik Nab ni tak pandai jaga diri, tak sedar diri dan sepatutnya dapat dosa besar sebab sebarkan penyakit ni pada orang lain. Ya Allah..... tak terniat pun di hati Cik nab nak sebarkan penyakit ni. Cik Nab pun tak tahu Cik Nab dapat penyakit ni dari siapa... Masa keputusan pembedahan tu keluar, Cik Nab redha segalanya. Cik Nab tak salahkan dan tak tuduh sesiapa pun. Cik Nab memang tak tahu Cik Nab dapat dari siapa dan Cik Nab tak ada niat pun nak bagi penyakit ni pada orang lain.... Tapi kenapa ramai yang marahkan Cik Nab?? Hina sangat ke Cik Nab ni? Cik Nab pun dapat dari orang lain... Bukan Cik Nab yang cipta penyakit tu. Kalau Cik Nab cipta penyakit dan sebarkan pada orang lain, boleh juga la nak marah....

Alhamdulillah, lepas makan ubat yang doktor beri, Cik Nab dapat jalankan kehidupan seperti biasa... Rasa badan ni memang dah semakin sihat tapi pada suatu hari, hidung Cik Nab pula keluar darah. Hampir dua minggu darah keluar. Hari-hari darah keluar. Cik Nab tak beritahu sesiapa pun pasal hal ni sebab Cik Nab takut nanti orang ingat penyakit Cik Nab semakin serius. Macam mana Cik Nab nak cari rezeki nak bagi duit belanja pada mak? Pernah juga la Cik Nab suarakan penyakit ni pada kawan Cik Nab tapi ramai yang kata Cik Nab kurang minum air. Kurang minum ke kalau sehari Cik Nab minum 2 botol mineral besar?


Sehinggalah suatu hari, Cik Nab pergi kursus di Morib dan ramai kawan-kawan tegur muka Cik Nab nampak lain. Nampak macam cucuk botox. Tegang je katanya. Cik Nab dah mula risau. Cik Nab pun jumpa la doktor. Doktor kata Cik Nab kena gestrik. Gas beracun yang keluar dari mulut tu telah meradangkan bahagian bibir Cik Nab dan bahagian sekelilingnya. Mungkin itulah sebabnya muka Cik Nab nampak tegang. Bila Cik Nab makan ubat di tempat kerja, ada pula yang tegur dan marahkan Cik Nab sebab tak pandai jaga diri. Muda-muda dah sakit. Siapa ada yang kata Cik Nab mensia-siakan hidup muda Cik Nab. Ya Allah.... sedihnya Cik Nab masa tu... Bukan nak tolong jagakan makan minum Cik Nab, malah dimarah-marah lagi.

Inilah kisah yang Cik Nab nak kongsikan kepada semua pembaca blog Cik Nab yang tak seberapa ni. Sebab tu lah Cik Nab kata, sakit ni ibarat nikmat yang Allah beri kepada Cik Nab untuk menjadikan Cik Nab seorang yang lebih tabah hadapi liku-liku kehidupan dan menghargai setiap yang ada selagi ia masih menjadi milik kita....

Sesungguhnya, Cik Nab tak ada niat langsung nak buruk-burukkan sesiapa dalam blog ni. Cuma Cik Nab nak berkongsi cerita dan jadikanlah cerita Cik Nab ni sebagai satu motivasi buat insan-insan yang dalam kesedihan seperti Cik Nab. Percayalah bahawa segala yang Allah beri adalah yang terbaik buat hambaNya. Jika Allah mengurniakan sesuatu penyakit kepada kita, percayalah bahawa itulah yang terbaik buat kita... Ada la hikmah disebalik semua tu... Wassalam..