Radio Karat Aku

Sunday, May 1, 2011

Sakit Itu Nikmat Allah

Assalamualaikum w.b.t....

Sakit tu nikmat ke? Entahlah... tepuk dada, tanyalah hati. Ada yang anggap sakit ni penghapus dosa-dosa kecil, ada juga yang kata sakit ni bala, ramai juga yang kata sakit ni ujian dari Allah. Macam-macam jawapan la ada. Tapi bagi Cik Nab, sakit ni ibarat nikmat dari Allah. Memang la kadang-kadang Cik Nab sedih sangat kenangkan diri Cik Nab yang ibarat hidup segan mati tak mahu ni. Tapi sebagai hamba Allah yang terlalu kerdil dan terlalu banyak dosa ni, Cik Nab terima segalanya dengan redha. Bagi Cik Nab, Allah kurniakan sakit ni pada Cik Nab adalah sebagai satu nikmat untuk menjadikan Cik Nab manusia yang lebih tabah dan bersyukur atas segala kurniaan yang telah Allah berikan.

Cik Nab rasa macam nak berkongsi sikit cerita la... Kalau ada yang nak baca tu, boleh la teruskan tapi kalau ada yang tak nak, tak pe la... tak paksa...

Masa Cik Nab sakit dulu, ramai yang datang bertanya khabar. Rasa terharu sangat masa tu. Rasa diri ni betul-betul dihargai. Tapi bila ada yang tahu penyakit Cik Nab ni, ramai pulak yang cuba menjauhkan diri. Siap ada yang suspek Cik Nab la penyebab orang tu sakit. Sebabnya?? Sebab penyakit Cik Nab ni boleh berjangkit kepada orang lain. Sakit apa tu? Kalau orang-orang tua sebut sakit batuk kering. Kalau doktor sebut, TB...

Macam mana Cik Nab boleh dapat penyakit ni? Entah la... Cik Nab pun hairan jugak sebab Cik Nab dah lama tak batuk. Dah hampir 6 bulan Cik Nab tak batuk (masa keputusan TB dikeluarkan). Mulanya Cik Nab jumpa doktor sebab Cik Nab rasa macam ada ketulan kat bawah dagu. Cik Nab ingatkan benda tu kanser, tapi doktor kata tu adalah kelenjar yang memerangkap kuman. Kelenjar tu dah bengkak sebab ada banyak sangat kuman. Lepas tu, doktor suruh Cik Nab buat ujian mantox, ujian darah, DNA dan pembedahan kecil untuk tahu virus apa yang ada pada kelenjar tu. Bila keputusan spesimen keluar, doktor kata Cik Nab terkena jangkitan TB. Doktor beri ubat dan katanya tiada lagi rawatan di hospital tu lagi cuma ada surat susulan jika Cik Nab rasa tak sedap badan.

Lepas makan ubat, Alhamdulillah, selera makan dah bertambah dan badan pun rasa semakin sihat. Tapi yang tak sedap hati tu, ada pulak yang menganggap Cik Nab la yang sebarkan penyakit ni di tempat kerja. Kecil hati Cik Nab masa tu...
Cik Nab ada dengar soksek-soksek di tempat kerja yang mengatakan Cik Nab ni tak pandai jaga diri, tak sedar diri dan sepatutnya dapat dosa besar sebab sebarkan penyakit ni pada orang lain. Ya Allah..... tak terniat pun di hati Cik nab nak sebarkan penyakit ni. Cik Nab pun tak tahu Cik Nab dapat penyakit ni dari siapa... Masa keputusan pembedahan tu keluar, Cik Nab redha segalanya. Cik Nab tak salahkan dan tak tuduh sesiapa pun. Cik Nab memang tak tahu Cik Nab dapat dari siapa dan Cik Nab tak ada niat pun nak bagi penyakit ni pada orang lain.... Tapi kenapa ramai yang marahkan Cik Nab?? Hina sangat ke Cik Nab ni? Cik Nab pun dapat dari orang lain... Bukan Cik Nab yang cipta penyakit tu. Kalau Cik Nab cipta penyakit dan sebarkan pada orang lain, boleh juga la nak marah....

Alhamdulillah, lepas makan ubat yang doktor beri, Cik Nab dapat jalankan kehidupan seperti biasa... Rasa badan ni memang dah semakin sihat tapi pada suatu hari, hidung Cik Nab pula keluar darah. Hampir dua minggu darah keluar. Hari-hari darah keluar. Cik Nab tak beritahu sesiapa pun pasal hal ni sebab Cik Nab takut nanti orang ingat penyakit Cik Nab semakin serius. Macam mana Cik Nab nak cari rezeki nak bagi duit belanja pada mak? Pernah juga la Cik Nab suarakan penyakit ni pada kawan Cik Nab tapi ramai yang kata Cik Nab kurang minum air. Kurang minum ke kalau sehari Cik Nab minum 2 botol mineral besar?


Sehinggalah suatu hari, Cik Nab pergi kursus di Morib dan ramai kawan-kawan tegur muka Cik Nab nampak lain. Nampak macam cucuk botox. Tegang je katanya. Cik Nab dah mula risau. Cik Nab pun jumpa la doktor. Doktor kata Cik Nab kena gestrik. Gas beracun yang keluar dari mulut tu telah meradangkan bahagian bibir Cik Nab dan bahagian sekelilingnya. Mungkin itulah sebabnya muka Cik Nab nampak tegang. Bila Cik Nab makan ubat di tempat kerja, ada pula yang tegur dan marahkan Cik Nab sebab tak pandai jaga diri. Muda-muda dah sakit. Siapa ada yang kata Cik Nab mensia-siakan hidup muda Cik Nab. Ya Allah.... sedihnya Cik Nab masa tu... Bukan nak tolong jagakan makan minum Cik Nab, malah dimarah-marah lagi.

Inilah kisah yang Cik Nab nak kongsikan kepada semua pembaca blog Cik Nab yang tak seberapa ni. Sebab tu lah Cik Nab kata, sakit ni ibarat nikmat yang Allah beri kepada Cik Nab untuk menjadikan Cik Nab seorang yang lebih tabah hadapi liku-liku kehidupan dan menghargai setiap yang ada selagi ia masih menjadi milik kita....

Sesungguhnya, Cik Nab tak ada niat langsung nak buruk-burukkan sesiapa dalam blog ni. Cuma Cik Nab nak berkongsi cerita dan jadikanlah cerita Cik Nab ni sebagai satu motivasi buat insan-insan yang dalam kesedihan seperti Cik Nab. Percayalah bahawa segala yang Allah beri adalah yang terbaik buat hambaNya. Jika Allah mengurniakan sesuatu penyakit kepada kita, percayalah bahawa itulah yang terbaik buat kita... Ada la hikmah disebalik semua tu... Wassalam..

Saturday, January 15, 2011

Anjing Juga Perlu Makan



Assalamualaikum w.b.t....

Cik Nab ada seorang jiran yang sangat-sangat sayang pada haiwan ciptaan Allah. Tak kira la haiwan tu bersih ke, kotor ke, haram ke... haram? Ye.... Haiwan haram pun dia sayang...

Al-kisahnya begini, pada suatu hari yang mendung (baru lepas hujan lebat), mak Cik Nab ke rumah jiran tersebut. Pada ketika itu, jiran Cik Nab sedang menggaulkan nasi dan ikan untuk diberikan kepada 25 ekor kucing peliharaannya yang dikutip dari serata tempat. Tiba-tiba, terlihatlah tiga ekor anjing sedang mengais-ngais tempat bakar sampah di belakang rumahnya untuk mencari makanan.

"Alahai... kau cari makanan ye? Tu anak kau ye? Aku tak ada nasi la nak bagi. Nasi kucing ni pun tak cukup. Ayam pun dah habis." kata jiran Cik Nab kepada anjing-anjing tersebut.

Beberapa minit kemudian, jiran Cik Nab pun menggoreng nugget. Kemudian, dia membungkus nugget tersebut dengan surat khabar lama dan dimasukkan ke dalam beg sampah hitam. Dia kemudiannya meminta mak Cik Nab berjaga di tepi pintu belakang rumah. Minta tolong tengok-tengokkan, kalau-kalau ada jiran yang lalu lalang.

Kenapa jiran Cik Nab buat macam tu? Sebab dia nak beri anjing-anjing itu makan. Bimbang pula dipandang serong oleh jiran-jiran yang lain, makanya dia pun berpura-pura seperti buang sampah di belakang rumah. Padahal, sampah itu adalah makanan yang diberikannya kepada makhluk Allah yang sering dipandang hina oleh orang muslim iaitu anjing.

Cik Nab kagum dengan naluri kasih sayang yang Allah berikan kepada jiran Cik Nab tu. Tersentuh di hati Cik Nab melihatkan keagungan cinta Allah kepada makhluk-makhluknya. Biar pun anjing itu tiada tempat tinggal dan cuma berharapkan makanan di tempat-tempat pembuangan sampah untuk hidup, Allah memberi hidayah kepada seorang hamba yang dipilihNya untuk membantu anjing-anjing itu hidup.

Walaupun ia anjing yang kotor dan haram, namun ia tetap hamba Allah. Allah cipta anjing bersebab. Janganlah menghina jika tak mahu membantu. Sekian..

Thursday, January 13, 2011

Allah s.w.t Balas Ganda

Assalamualaikum w.t.b.....

Kelmarin (10/1/2011), Cik Nab ke Hospital Ampang untuk mendapatkan temujanji pakar di sana. Inilah pertama kali Cik Nab jejakkan kaki di hospital yang boleh dikatakan besar dan cantik tu. Pada mulanya mak nak temankan Cik Nab tapi sebab nak jimatkan kos perjalanan, Cik Nab teguhkan hati untuk melangkah sendiri.

Sampai sahaja di Stesyen LRT Cempaka, Cik Nab dapatkan teksi untuk ke hospital tu. Pada mulanya Cik Nab macam tercengang-cengang jugalah sebab tak biasa dengan tempat tu. Seorang pak cik teksi yang nampak Cik Nab macam nak cari teksi terus panggil untuk naik teksi dia. Alhamdulillah.... mudah juga nak dapatkan teksi di sana. Sepatutnya Cik Nab seorang je naik teksi tu tapi memandangkan ada seorang lelaki yang melalui jalan yang sama, maka pak cik teksi tu pun pelawa lelaki tersebut naik teksi. Cik Nab tak kisah... Rasa selamat sikit...

Sampai di hadapan pintu hospital, tambang yang perlu dibayar ialah RM4.10.... Cik Nab bagi RM4.20 sebab tak ada 10 sen dan meminta pak cik tersebut simpan bakinya. Walaupun pada ketika itu memang Cik Nab tak ada wang dan sememangnya perlu berjimat cermat tapi Cik Nab bukanlah jenis yang berkira sangat. 10 sen tu kira sedekah....

Nak dipendekkan cerita, masa Cik Nab pulang, tambang teksi sepatutnya RM6.20..... Cik Nab pun bayarlah harga tu tapi pemandu tu ambil RM6 je.... Ini bermakna Cik Nab dah jimat 20 sen.

Cik Nab bukanlah nak menunjuk-nunjuk dengan sedekah 10 sen Cik Nab tu tapi Cik nab nak berkongsi kepada semua pembaca bahawa balasan Allah itu berlipat kali ganda. Tak ada niat pun nak riak dengan sedekah yang sedikit ni. Apa yang Cik Nab nak sampaikan di sini ialah secebis cerita benar yang membuatkan Cik Nab berasa semakin kerdil dan semakin rendah hati atas kasih sayang yang Allah berikan.


Sekian....

Sunday, October 17, 2010

Bernafas Semula

Assalamualaikum w.b.t....

Lama dah Cik Nab tak menulis blog ni. Bukan malas, bukan tak ada idea tapi tak ada masa. Agak sibuk semester ni. Maklum la... semester akhir... InsyaAllah bulan November ni habis dan terus tunggu posting mengajar. Buat masa ni tak tahu lagi dapat mengajar di mana tapi Cik Nab minta negeri Selangor. Kenapa Selangor jadi pilihan? Hehehe... Ada la sebab musababnya....

Sebenarnya, Cik Nab tak kisah dihantar ke mana pun kerana Cik Nab memegang teguh amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru untuk mengajar anak2 bangsa. Walaupun Cik Nab major Muzik dan ramai yang memandang remeh pada mata pelajaran ni, tapi sebagai seorang guru, Cik Nab rasa khidmat Cik Nab masih lagi diperlukan di sekolah2 pedalaman. Cik Nab redha dengan ketentuan Ilahi. Jika ditakdirkan mengajar di pedalaman, ke pedalaman la kaki ni melangkah. Jika ditakdirkan Cik Nab mengajar di kawasan bandar, ke bandar la kaki ni melangkah. Cik Nab yakin, takdir Allah itu adalah yang terbaik buat hambaNya.

Sejak hari ni, barulah Cik Nab dapat bernafas semula setelah hampir2 putus nafas dengan pelbagai aktiviti maktab. Mana taknya, lepas intership, kena hantar kajian. Then, viva. Selepas dikomen oleh pensyarah2 dan dihentam teruk oleh moderator, buat pembetulan kajian pula. Kemudian penambahbaikan untuk penjilidan. Selesai je hantar kajian untuk dicetak, buat seminar pulak. Cik Nab pula ditugaskan untuk jadi Ketua Reppotore... Alhamdulillah seramai 30 rakan yang bekerja di bawah Cik Nab semuanya memberikan kerjasama yang baik. Cik nab sangat bersyukur dan berterima kasih. Bukan senang nak bekerjasama dengan rakan yang berlainan jabatan tau... Hati orang kita tak tau...

Sebelum seminar tu, ada pula amali muzik yang mana Cik Nab perlu merakamkan 4 buah lagu kanak2 dan mengubah sebuah skor ensemble lagu KBSR. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Berbaloi juga Cik Nab balik 2,3 pagi dari maktab kerana lagu amali sempat juga disiapkan. Terima kasih kepada kak sham yang sanggup berkorban masa, tenaga dan CD untuk convert dan burn lagu2 Cik Nab. Terima kasih banyak kak sham.... Jasa kak sham saya tak tahu nak balas macam mana. Terima kasih juga kepada rakan2 rumah yang sama2 balik lewat dan menerima seadanya keadaan rumah yang tunggang langgang. Alahai....

Sambil2 menjalankan seminar di maktab, dalam masa yang sama Cik Nab terkejar2 dengan latihan koir untuk Perhimpunan Guru 1 Malaysia yang dihadiri oleh Dato' Najib dan Dato' Muhyiddin Yasin serta 20, 000 orang guru dari seluruh Malaysia. Alhamdulillah... Setelah bertungkus lumus siang malam, akhirnya persembahan koir tu mendapat pujian dari VVIP. Terima kasih.. Kami cuba buat apa yang termampu.... Jika terkurang harap dimaafkan. Maklum la, nak puaskan hati semua orang memang tak kan terpuas....






Petang tadi Cik Nab ke Times Square mencari barang2 untuk Malam Mesra Jabatan Muzik yang bertemakan Retro. Hadoi... Bertemankan Ili, rakan serumah yang mempunyai konsep retro yang agak sama, kami pening kepala mencari kostum ala2 retro gitu.... yang ada pun, tak ada saiz pula untuk Cik Nab. Bila dah jumpa yang sesuai, duit dalam dompet pula tak mengizinkan. Mmmmhhh.... Tengok la macam mana nanti... Tak dapat konsep retro yang sebenar, dapat sipi2 pun jadi la kan....

Saturday, May 29, 2010

Hum Tum bahagian 3



Saya serabut... Saya nak exam... Exam ni saya rasa takut sangat sebab saya tak pandai english. Selalu dapat markah corot. Malu tau bila name list ditampal, nama saya yang dapat markah paling corot dalam kelas. My English is so poor.... Lain la awak. Tiap2 bulan mak awak langgan Readers Digest untuk awak. Beratus2 duit dia habis nak bagi awak pandai speaking London. Saya malu dengan awak. Kalau awak speaking dengan saya, saya tak tahu nak jawab apa. Nasib baik awak tanya saya melalui sms. Boleh la saya tanya kawan2 yang duduk dekat2 dengan saya apa maksud yang awak tanya tu. Kalau tak, entah apa2 la yang saya balas.

Awak, selama ni saya tak pernah pun dengar trax.fm tau... Saya pun tak tahu kewujudan stesyen radio tu. Bila awak nak tujukan lagu kat trax.fm dan suruh saya dengar radio tu, kelam kabut saya cari frekuensi dia. Fasihnya awak speaking dengan DJ tu... Memang bunyi mat saleh la bila awak bercakap. Hebatnya awak... Walaupun awak makan belacan tapi mulut awak berbau spegeti.

Tapi awak baik. Awak tak pernah berlagak.... Awak ajar saya... Kalau ada makna2 english yang saya tak tahu, saya tanya awak. Kalau saya stay up malam2, awak temankan saya sampai saya habis buat kerja tu even pukul 2 pagi. Bila saya nak exam, awak doakan untuk saya. Awak tak pernah pun miss wish good luck kat saya setiap kali saya nak ambik exam. Mungkin sebab tu pointer saya baik... Sebab ada doa dari mak saya dan awak... Lagipun, awak bagi inspirasi kat saya untuk belajar dengan tekun. Terima kasih awak....

Tapikan awak, saya pun selalu doakan awak tau. Hari2 setiap kali lepas solat, saya selalu doakan awak agar lulus exam dan dapat sambung degree... Dapat pointer tinggi.... Dapat kerja baik2.... Selalu bahagia... Kalau boleh, saya nak tanggung semua masalah awak supaya saya selalu nampak senyuman di wajah awak. Saya tak nak tengok awak sedih... Saya tahu, ramai insan2 yang awak sayang dah dipanggil ke sisi Allah s.w.t.... Syazwan..., Pak Tam...., Tok..... Awak jangan la sedih. Saya kan ada... Awak tak gembira ke kawan dengan saya?

Awak, sejak saya berkawan dengan awak. Saya dah banyak berubah. Saya rasa saya dah semakin dekat dengan Allah s.w.t... Panas baran saya pun dah semakin berkurangan. Saya pun dah pandai senyum sorang2... Semua tu bermula dari awak la... Betul kata seorang kawan saya tu, mungkin Allah tak beri hidayah dalam hati kita untuk jadi manusia yang baik, tapi mungkin Allah utuskan seseorang untuk bimbing kita menjadi insan yang lebih baik. KIta mungkin tak boleh jadi manusia yang baik tapi sekurang-kurangnya jadilah insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Saya bersyukur jumpa orang seperti awak. Siapa sangka awak dan saya dari dua negeri yang berbeza, sekolah yang berbeza even nombor telefon pun berbeza boleh jadi kawan baik.... Boleh bimbing saya secara awak tak sedar... Maaf kerana saya hipokrit terhadap awak pada awal perkenalan kita. Saya tak beritahu perkara sebenar kepada awak tapi saya tak menipu awak... Saya cuma nak berkawan dengan awak... Saya tak nak awak rasa yang saya ni teruk dan membuatkan awak tak nak kawan dengan saya lagi. Saya seronok berkawan dengan awak dan ingin berkawan dengan awak...

Awak.... Latar hidup saya tak seindah latar hidup awak... Wajah saya tak seindah yang awak bayangkan.... Mungkin pelangi kita ada 7 warna tapi warna pelangi saya lebih kelam dari warna pelangi awak. Saya tak nak fikirkan masa depan yang lebih jauh dengan awak sebab saya memang tak layak. Saya cuma nak keadaan ni kekal macam ni... Tu aje....

Hum Tum bahagian 2



Awak, ada satu lagi kad yang awak bagi kat saya. Kad hari raya... Kad tu warna biru... Tak banyak yang awak tulis pada kad tu. Hanya ucapan hari raya je.... Kad tu pun dah hilang masa banjir. Maaf awak... Saya tak jaga barang yang awak bagi dengan baik....

Awak, seumur hidup saya, saya tak pernah solat terawih. Saya tak nak salahkan sesiapa tapi memang saya tak pernah buat... Ada juga belajar solat ni kat sekolah dulu tapi tak pernah pun amalkan. Masa malam pertama bulan ramadhan, awak ucapkan selamat berpuasa kat saya. Awak kejutkan saya bangun sahur. Bahagianya....

Awak kata awak rasa terharu sangat malam tu sebab awak berpeluang solat terawih untuk ramadhan kali ni. Saya malu sangat dengan awak sebab saya tak tahu apa2 pun pasal solat terawih. Saya pergi solat terawih pun sebab ikut housemate dan sememangnya orang yang duduk asrama digalakkan solat terawih kat surau. Sejak hari tu, hari2 saya pergi solat terawih. Mula2 tu memang la buat sampai 20 tapi lama2 saya penat la.... Saya buat juga tapi sampai 8 je.... Hehehe.... Saya tetap akan buat solat terawih walaupun saya tak larat disebabkan kekenyangan sebab bila awak balik dari masjid dan sms saya, " hari ni buat berapa? " saya ada jawapan nak jawab... =)

Raya kali ni satu family awak pakai baju warna hijau lumut. Family saya jarang beli baju yang tema warnya sama. So, saya pun beli la satu baju warna hijau... Tak lah hijau lumut sangat tapi ada la hijau2 sikit... Kenapa saya nak beli baju yang sama warna dengan family awak ye? Entah la. Saya pun tak tahu tapi yang pasti raya kali ni sangat bermakna.

Sepanjang bulan ramadhan tahun tu saya bangun sahur. Dulu kalau dekat rumah saya liat sangat nak bangun sahur sebab saya malas nak makan pagi2. Tak boleh masuk la.... Tapi tahun tu saya gagahkan juga bangun pagi sebab awak dah gagahkan diri awak kejutkan saya sampai saya bangun. Terima kasih awak....

Sehari sebelum raya, awak dan saya saling memohon maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang persahabatan kita. Saya terharu sangat masa tu. Awak.... Awak tak ada salah apa2 pun pada saya. Awak seorang kawan yang sangat baik... Kalau awak buat jahat pun, saya akan tetap maafkan awak. Kan awak juga yang ajar saya, kenapa kita tak boleh maafkan kesalahan orang lain sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri ampunkan dosa umatnya inikan pula kita hamba biasa....

Malam raya tu awak tujukan lagu untuk saya. Lagu Anuar Zain dan Elina, " Suasana Hari Raya ". Saya pula tujukan lagu Mawi, " Ku Pohon Restu Ayah Bonda ". Bestnya raya kali ni... Segalanya sempurna... =)

Buka cuti raya, awak tujukan satu lagu yang membuatkan saya syok sendiri. Awak ingat tak lagu Anwar Zain, " Lelaki Ini ". Saya terkejut sangat bila awak tujukan lagu tu melalui hp... Mula2 tu memang la saya rasa geli sebab rasa macam awak ni jiwang la pulak. Tapi lepas tu saya rasa saya dah sasau kot.... Mandi tak kenyang, tidur tak basah, makan tak lena.... Alahai cinta.... Adakah sudah berputik? Atau saya je yang syok sendiri?

Sejak hari tu, kita selalu main tuju2 lagu. Yang paling romantik, awak tujukan lagu kat trax.fm... Awak sebut nama saya... DJ tu tanya awak saya ni siapa? Awak kata saya kawan awak. DJ tu balas, betul ke? Tak ada jawapan dari awak. Hanya lagu N'sync, " This I Promise You ". berkumandang... Awak.... Air mata saya mengalir masa lagu tu ke udara. Buat pertama kalinya seumur hidup saya, inilah kali pertama seorang lelaki menujukan lagu untuk saya dikhalayak ramai. Terima kasih awak....

Hum Tum bahagian 1



Awak ingat tak macam mana kita mula2 kenal dulu? Saya dapat nombor telefon awak dari seorang kawan yang saya baru je kenal dia seminggu. Masa mula2 saya miss call awak, awak tanya saya, " Awak siapa? Kenal ke? ". Saya balas " Tak....." . Kemudian awak gelak. Awak kata telinga awak nak tercabut sebab jumpa orang buat lawak bodoh siang2 hari buta.... Awak sedar tak, sejak hari tu kita terus jadi kawan baik.

Saya ni banyak kelemahan. Bukan kerana kurang didikan agama atau diabaikan keluarga tapi belum dapat hidayah kot... Selalu sangat tinggalkan sembahyang. Kalau lima waktu tu, dalam 2,3 je yang saya buat. Ikut keadaan la.... Rasa nak buat, buat. Tak nak buat, buat2 lupa. Kalau mengaji tu memang jarang sangat la. Kalau mengaji pun banyak yang tak betul. Suatu hari awak tanya saya, " Dah solat maghrib? ". Saya tak tahu nak jawab apa.... Saya tak nak menipu awak sabab saya tak suka tipu orang. Saya pun malu juga nak cakap yang saya malas nak sembahyang. Akhirnya saya cepat2 pergi tandas dan ambil wuduk. Saya cepat2 sembahyang dan balas sms awak, " Dah.... ".

Lepas tu awak tanya lagi, dah mengaji? Saya cepat2 pinjam Al-Quran roomate saya sebab saya tak ada Al-Quran. Saya baca sepotong dua ayat. Saya pun tak tahu surah apa yang saya baca. Asalkan baca..... Tanpa berlengah masa lagi, saya pun terus balas sms awak, " Dah....".


Awak.... Saya tak pernah tipu awak sebab.... Saya memang tak ada sebab kenapa saya nak tipu awak.... Saya suka berkawan dengan awak. Saya tak nak awak tinggalkan saya.... Kita selalu sms... Dari pagi sampai la ke tengah malam. Hari2 saya tunggu sms dari awak sebab saya nak borak2 dengan awak.... Kalau boleh, semua benda saya nak cerita kat awak.

Ingat lagi tak, dulu awak guna celcom, saya guna maxis... Saya selalu kehabisan kredit sebab nak sms awak mahal. Akhirnya saya skip belanja makan saya sebab nak beli top up. Nak sms dengan awak.... Tiba-tiba suatu hari tu, awak sms saya guna nombor maxis. Saya tanya kenapa tukar nombor? Awak kata sebab ramai sangat kawan yang guna maxis. Saya tak tahu sungguh ke disebabkan kawan awak guna maxis, awk pun tukar? Masa tu saya tersenyum senang hati. Sebab saya boleh active 1o nombor awak... 1 sms 1 sen je. Jimat.. Kita boleh sms banyak2 sepanjang hari.....!!

Awak, saya ingat lagi...awak ada sekor kucing. Nama dia Pak Tam. Kucing tu hitam.... Tapi sayang kucing tu dah mati.... Puas awak hantar dia pergi klinik haiwan tapi Allah lebih sayangkan dia.... Masa tu awak sedih sangat dan sejak hari tu awak tak lagi bela kucing kat rumah.

Dulu awak selalu cerita pasal butik baju mak awak. Kat sana ada macam2 baju. Baju laki, baju perempuan, tudung, kain, semuanya ada. Mula2 tu saya ingat awak ni mesti seorang yang stylo... Anak orang kaya... Hp mahal.... Speaking London... Tapi saban hari awak mengadu kisah butik mak awak yang semakin hari semakin tak maju. Awak sedih.... Mak awak banyak keluar modal untuk butik tu tapi hasilnya sangat tidak memuaskan. Awak, kalau saya ada duit, saya dah usahakan butik mak awak tu sebab saya memang bercita-cita nak buka butik. Saya suka sangat bidang tu... Cuma duit je tak ada nak buat modal.... Huhuhu.... Akhirnya, mak awak ambil keputusan untuk tutup je butik tu... Sejak hari tu, tak ada lagi kisah butik baju masa kita sms... Saya pun tak berani nak tanya awak. Saya takut menyinggung perasaan awak.

Awak ingat tak masa hari jadi saya, awak belikan birthday card warna pink. Sebelum awak beli kad tu, awak asyik tanya saya je saya suka warna apa...? Suka hadiah apa...? Rupa2nya awak nak belikan kad untuk saya. Awak... saya sayang sangat kad tu. Saya simpan dalam diari saya sebab saya tak nak orang lain tahu... Tapi... Apakan daya, kad tu dah hilang masa rumah saya banjir. Puas saya cari tapi tak jumpa. Nasib baik saya ada simpan gambar kad tu dalam hp. Saya ingat lagi kata-kata awak tulis dalam kad tu....

" People will forget what you said,
People will forget what you did,
But people will never forget how you made them feel"

Betul kata awak. Orang akan lupa apa yang saya cakap dan orang juga akan lupa apa yang saya pernah lakukan tapi orang tak akan lupa bagaimana saya menyentuh perasaan mereka.... Seperti awak menyentuh perasaan saya..... Selama ni tak pernah pun orang lelaki bagi kad kat saya... Awaklah lelaki pertama yang bagi kad pada saya... Terima kasih awak....

Monday, May 24, 2010

Ke Mana Saya Menghilang?

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.....

Dah lama rasanya x tulis blog....mmmmm...ada jugak yang tnya ke mana Nab mnghilang? Thanks ye....coz still ingt lagi kat Nab and sudi jenguk2 blog yang x seberapa ni.... Well, Nab tak ke mana pun. Still ada kat Malaysia ni lagi. Cuma Nab agak sibuk sket semenjak dua ni....nak selesaikan praktikum....urusan hal2 maktab....proposal tesis.....masalah ngan kekasih yang x dianggap "kekasih" lagi....dan kebetulan pulak mak Nab jatuh sakit...mmmm....mmg agak serabut la kepala otak ni. Tension tu jangan cerita la....Hanya Tuhan je yang tau...

Tapi Nab anggap semua tu sebagai ujian dari Allag s.w.t....Nab yakin dengan jalan yang diberikan kepada Nab dan Nab yakin dengan segala yang telah diaturkan Allah adalah yang terbaik buat Nab. Pahit manis bergelar hamba Allah, anak perempuan, guru, kawan dan kekasih memang banyak mengajar Nab erti kesabaran dan kecekalan dalam hidup.

Nab bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Justeru, Nab perlu bekerja keras untuk hidup dan masa depan Nab.....Nab juga tidak dilahirkan dengan rupa paras yang sempurna...Kerana itu, Nab perlu tabah hadapi segala kata hina atau usikan rakan2 mahupun orang2 di sekeliling Nab tentang kekurangan Nab ni.....

Berbalik semula kisah blog Nab ni, insyaAllah...Nab ingin menulis kisah2 yang boleh membawa teladan kepada semua yang membaca....Semoga cerita Nab bukan sahaja sekadar hiburan di masa lapang tetapi juga boleh dijadikan pengajaran untuk kehidupan.... InsyaAllah..... =)

Sunday, November 22, 2009

Apa Lagi Yang Tak Cukup??



Seorang hamba bergelar insan
Punya keluarga, punya kerjaya
Tapi hatinya kosong...

Seorang hamba bergelar insan
Punya teman, punya kawan
Tapi hatinya tetap kosong...

Seorang hamba bergelar insan
Temui seseorang yang dirasakan penerang kegelapan
Tapi sampai bila??
Sedangkan dia terbakar dan terus terbakar
Demi menerangi kegelapan itu...

Seorang hamba bergelar insan....
Apa lagi yang kau mahu?
Apa lagi yang kau cari?
Apa lagi yang tak cukup?

Jika hampa hidupmu
Jika kosong jiwamu
Isikanlah ia dengan zikrullah
Terangilah ia dengan Al-Quran

Mungkin itulah kekurangannya
Mungkin itulah puncanya
Cubalah dekati padaNYa
Sesungguhnya
Selangkah engkau menuju kepadaNya
Seribu langkah Dia datang menghampiri engkau..

Tiada yang lebih sempurna selain mendekatiNya
Hargailah setiap yang kau miliki.

Semoga kau temui apa yang kau cari...
Amin...

Syukur Apa Yang Ada


Pada suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan di kaki lima deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kasut. Dia terlihat sepasang kasut yang sangat cantik pada pandangan matanya. Namun, harga kasut tersebut sangat mahal. Dia berlalu pergi dan mengeluh sendirian kerana tidak mampu memiliki kasut idamannya itu....

Sedang dia berjalan, dia terlihat seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai kasut sedang bersungut. Kanak-kanak tersebut sudah lama berkeadaan seperti itu. Kehidupan yang susah dan miskin tidak melayakkan dia memiliki walau sepasang kasut pun. Kanak-kanak tersebut lalu bergerak melintasi sebuah jalan raya.

Di seberang jalan raya, kanak-kanak tersebut terlihat seorang lelaki tua sedang duduk di bawah sebuah tangga. Kanak-kanak tersebut berjalan menghampiri lelaki tua itu. Alangkah terkejutnya dia, lelaki itu tidak mempunyai kaki....


Lihatlah hidup ini..... Kita seringkali merasakan hidup kita tidak sempurna atau kurang sempurna. Malah mengeluh tidak tentu pasal kerana tidak dapat memiliki sesuatu yang dihajati. Cuba renungkan semula cerita tadi... Orang yang tidak dapat membeli kasut lebih beruntung dari orang yang tidak mempunyai kasut langsung... Orang yang tidak memakai kasut juga masih beruntung kerana masih memiliki kaki.. Sedangkan orang yang tidak mempunyai kaki???

Bersyukurlah atas segala yang dikurniakan kerana kita lebih beruntung dari orang di luar sana...

Monday, November 9, 2009

Tiada Ganti Bagi Mu...




Sahabat....

Kiranya waktu sekejap itu

Menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman

Ingatlah aku selagi kau mampu

Jika pula masa mendatang

Memisahkan keakraban yang telah terbina

Ukirlah secebis "Tentang Aku" di hati mu

Agar nanti tika bersua

kau masih mengingati siapa diriku.....






8/11/09 - 21.12 pm

Wednesday, November 4, 2009

I Love U Mom, I Love U Dad..



When 6-year-old Elena Desserich was diagnosed with brain cancer, she began hiding hundreds of little love notes around the house for her parents to find after she was gone. Here’s the story:


Just before her sixth birthday, Elena Desserich (right) was diagnosed with brain cancer and given 135 days to live. She lived 255 days, passing away in 2007. After her death, Elena’s parents, Brooke and Keith, found hundreds of notes from Elena hidden around the house — in between CD cases, between bookshelves, in dresser drawers, in backpacks….

"It just felt like a little hug from her, like she was telling us she was looking over us"

Elena left hundreds of notes like these:


Brooke has her note. I have mine. They are tucked away in our briefcases; always with us, never out of reach. I found mine in the black backpack that we took to Elena’s wish trip. Brooke found her letter in the side pocket of her briefcase, where Elena had put it many months before. These are two of many letters that Elena hid for us in the last nine months of her life—some hidden between books on the bookshelf, in the corners of our dresser drawers, or between dishes in the china cabinet. Each note deliberately left professing her love for her family. They are constant reminders of her determination and her inspiration. She knew somehow that one day we would need them to continue.

-Dad


This story was make me cried.... now, i really appriciate my life and i hope i could show my love to my beloved mom and bro...

Sunday, October 25, 2009

Termenung Lagi

Dah lama tak termenung. Termenung memikirkan orang disekeliling. Hari ni aku sengaja luangkan masa belek2 blog orang dan kawan2 lama. Seronok baca blog orang ni. Macam2 pe'el ada. Sambil baca blog tu, dengarlah jugak lagu2 yang diupload. Mmmm...secara tak langsung, boleh juga aku tahu personaliti si blogger.

Mmmmm....ada seorang hamba Allah ni yang suka sebut "bismillahirrohmanirrahim" setiap kali dia nak tulis blog. Siapa orang tu, aku pun tak kenal. Bagusnya... Sentiasa mengingati Allah sebelum melakukan sebarang kerja atau bicara. Ye la kan, kita ni manusia biasa je... Walaupun kita tahu aturan Allah tu adalah yang terbaik, tapi sebagai hambanya, kita perlu mohon kepadaNya juga.

Ada juga aku tengok, orang jadikan laman blog ni sebagai tempat meluahkan perasaan dan berkarya. Ada yang tulis sajak atau semacam nukilan hati. Tiba2 perasaan sayu pun muncul. Seolah-olah aku juga merasa derita itu. Itulah aku... Aku ni walaupun nampak je macam happy go lucky, ketawa kuat2 tapi...aku sebenarnya punya hati yang sangat halus. Aku sangat sensitif pada tulisan dan muzik. Tu pun kadang2 je sebenarnya...

Syukurnya aku pada Allah.... Kerana selama ni aku rasa seolah-olah aku tak begitu beruntung di dunia ini. Tapi ternyata, setelah aku belek2 blog orang lain, aku ni tak de lah teruk sangat. Benarlah kata emak, kita jangan fikirkan susah kita aje. Ada orang lain yang lebih susah dari kita. Sebab tu, kita mesti teruskan juga hidup ni walau apa pun yang terjadi. Tapi jangan la riak pulak sebab ada orang lain yang lebih bagus dari kita.

Tadi aku terjumpa satu blog yang aku rasa aku kenal orang tu. Bila aku baca tulisan dia, mmmm...aku rasa macam aku kenal orang lain pulak. Jauh bezanya. Orang ni kalau kat luar, happy je... suka kacau orang, lincah, periang... Tapi tak sangka tulisannya sungguh menyayat hati. Itu tulisan dia, nukilan hati dia... Aku sebagai pembaca, respect dan kagum dengan blogger tu sebab kadang2 apa yang terbuku di hati tak perlu ditunjukkan. Tapi blogger cukup bijak meluahkan isi hati melalui penulisan. Well, apa yang terbuku tu memang perlu diluahkan. Janganlah simpan lama2... Nanti sakit...

Mmmm...ok lah. Malaslah nak mengarut lagi. Dah pagi nih. Dah 2.30 rupanya. Patut la kepala aku berdenyut semacam je... Ok lah. nak tidur. selamat malam. Assalamualaikum....

Buah Epal Itu Milik Saya...




Ada sepohon pokok epal yg rendang terletak di sebuah kebun milik seorang lelaki inggeris. Lelaki inggeris yg baik hati itu tidak kisah sekiranya ada org yang ingin memakan buah2 epal di kebunnya. Kiranya kalau lalu kat kebun dia, then nampak buah epal yg dah masak tu, leh la ambik dan terus makan... baiknya laki tu kan...mmmhhh....

Pohon epal tersebut mengeluarkan buah epal yang sgt cantik. Warnanya merah... besar... rangup... Tapi malangnya, pohon tersebut agak tinggi.
Jadi, org2 yang lalu kat depan pokok epal tu, tak perasan la ada buah epal yg dah masak meranum. Hanya org yg mendongak sahaja yg bisa melihat buah epal tersebut...

Sebenarnya ni bukanlah cerita pasal buah epal semata2. Cuba kita ibaratkan epal tu adalah seorang perempuan... Perempuan yg dijaga baik dan diletakkan di tempat yg baik. Tempatnya di semestinya di atas... Kadang kala sukar dilihat org.
Biasala kan, yg baik2 ni jarang yg nmpak...

Seperti buah epal yg telah masak meranum dan tersedia utk dimakan namun tiada siapa yg sudi memetik, tentulah rasa sedih. Itu si buah epal... Buah!! Cuba gantikan buah epal tu dgn seorang perempuan. Perasaannya lagi lah merudum.. Bukan setakat sedih, malah rasa seolah2 diri tu terlalu bnyk kelemahan sehingga terdetik rasa hati apalah maknanya diturunkan ke bumi ini jika inilah nasibnya... Huhuhu.. Sadis!!

Tapi, wahai si buah epal a.k.a seorang perempuan. Janganlah kamu berasa sedih dan berduka hati kerana ketahuilah betapa bertuahnya kamu. Bukan calang2 lelaki yg bisa berjalan dan berhenti seketika lalu mendongak ke arahmu lantas melihat akan kecantikanmu itu... Percayalah bahawa hanya org terpilih sahaja yg bisa memilihmu...


p/s: cerita ini ku tujukan khas buat seorang teman... semoga kamu tidak berduka lagi kerana aku juga tidak gembira melihat orang disekeliling ku berduka... percayalah dan yakinilah ia...

Saturday, October 3, 2009

raya2!!!

Assalamualaikum... Rasanya masih belum terlambat lagi cik nab ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kpd semua pembaca blog...Rayakan sebulan.. Hehhe...



Tahun ni seperti tahun2 yg lalu cik nab beraya di kampung tercinta, Bukit Gambir, Muar...



Tahun ni agak meriah jugak la sebab family semua balik kecuali family kak cam sbb dia smbut cucu baru thn ni kat sg. petani. Tahniah2!!



Ada berita kurang baik untuk family kami thn ni sbb sabiq sambut raya kat hospital. 12 ari kat sana. kesian gak tgk dia. Sabiq ni ada penyakit hemophilia (darah cair). Before dia tgk abg cop konvo kat UTM dulu, dia jatuh motor then ada darah beku dalam otot tapi kaki dia start sakit masa bulan puasa... Apa lagi, kene tahan la kat spital... Nangis gak la dia malam raya tu sbb kami semua kat umah. Dia sorang2 je kat spital. Huhu.. Cik nab ni pun sebak nak ceritakan. Huhu... What ever, everything is ok....

Praktikum Ke-2


sempat lagi bergambar ngn anak murid...

Kali ni cik nab buat praktikum ke-2 kat S.K. Bandar Tasik Selatan. Tak lama. 2 bulan je. Kelas muzik yg cik nab ajar ialah kelas 4 Anggerik, 4 Lili, 5 Bestari, 5 Kenanga, dan 5 Jasmin. Untuk class PJ lak cik nab cuma ajar class 4 Cengal je.

Mmmmm.....rindu gak ngn diorg ni. Masih ada lagi student yg call cik nab dan bertanyakan khabar walaupun cik nab dengan secara rasminya dah habis mengajar di sekolah tu.

Tapi kan yg paling bestnya kat sekolah tu ialah guru2 praktikumnya. Tak sangka pulak ada lebih 23 orang guru praktikum dari IPIK, IPT, dan UniSel. Kami semua dari batch PISMP OUM, PISM, KDC, KPLI dan preschool dip course (jojo, dira n ayu).


barisan guru praktikum yg sempat bergmbar

Seronok dengan diorang nih. Walaupun kami ajar lain2 subjek and umur pun beza2, ada yg dah kahwin pun tapi kami bergaul macam dah kenal lama. Maybe sebab masing2 sedar diri tu hanya guru praktikum je kot. Hehehe...

Guru2 SKBTS memang hebat. Semua giler muzik especially guru2 laki. Fuuhhh... Kalo jamming, macam kumpulan indi band wa cakap lu... Memang superb!!

Pape pun, kenangan kat sekolah tu mmg tak boleh dilupakan la... Pahit manis bergelar seorang guru praktikum semua bermula di sana... Di sana la cik nab didedahkan dengan realiti menjadi seorang guru. Huhuhu.... Pengalaman berharga tu!


antara projek yg dibuat

Cik nab selalu berdoa agar semua murid2 cik nab berjaya di dunia dan akhirat serta selamat maju jaya lah kepada semua guru2 di sana. Kepada guru2 praktikum yg bakal posting bulan 12 ni, good luck to you all and kepada yg belum posting tu (termasuk la cik nab ni) sem depan harap2 dapat jumpa lagi. InsyaAllah.....

Konvo Ucop

Assalamualaikum semua.....Mmmm....Lama tol tak update blog...Bukan pe. Malas nak menaip. Hehe....Tapi arini laratkan jugak la sbb permintaan dr seseorang. Hehehe....Siapa?? Siapa yg terasa tu la.


sebelum masuk semua kene pakai topeng.
tak cam yg mana satu my bro. Huhu....


Well, 2 bulan yg lepas before puasa dlm bulan ogos 2009, my bro grad kat UTM. Congrates la bro!!!

bgaya btol....


Masa tu my bro ni ambik kursus GEMS kat Senai, JB. Apa benda ntah kursus tu. Tak ingt tapi kursus tu mcm khas utk freshie yg menganggur la spt si bro ni...

Habis je kursus, my bro dapat tawaran praktikal kat satu palm factory. Katanya international and start pas raya. Elaun dapat.... Ok la kan... Daripada 'menanam anggur' kat rumah tu, baik buat kerja. Hehehe.... Tapi dia tak pergi pun sebab dapat tawaran kerja kat kilang sony kat Bangi. Gajinya boleh la tahan.... Cukup la untuk orang bujang macam abg cik nab tu...

Tengah elok2 dia kerja kat sana tiab2 abg bawa berita yg dia dpt tawaran kat TNB lak. Alahai... Nak pergi ke??? Dia tanya cik nab. Cik nab ni mana la tau... 2,2 tempat bagus. 2,2 tempat de masa depan. Tapi yang TNB tu cuma praktikal je...

Mmmm....pikir punya pikir. Doa punya doa. Akhirnya my bro buat keputusan utk go on je kat sony tu sbb skrg ni bukan senang nak cari kerja beb.

Yang lawak tu, pagi2 my bro kene excercise beb. Sbb org jepun (kilang sony tu kilang jepun) suka bersenam. Hahahaha... Padan muka ang. Selama ni malas senam, malas bangun pagi. Sekarang, kol 6.15 wak ang dah kene masuk kerja. Huhu..

Apa pun, good luck la bro!! Dapat gaji, ingat2 la kat adik mu yg satu nih. Ngeee~~~~

Wednesday, July 22, 2009

Ingat Mati....

Assalamualaikum....

Baru2 ni Cik Nab dapat satu e-mail dari seorang kwn. Wallualam la yg ni betul ke tak sebab ajal maut semua di tangan Tuhan dan bukan semua orang dapat sedar akan saat2 terakhir di dunia. Cuma Cik Nab nak berkongsi la petanda2 sebelum mati. Semoga kita semua dapat ambil iktibar darinya...

SESUDAH ASAR...

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.

Tuesday, July 21, 2009

Aku Mahu Lelaki Kacak Itu



A Beautiful Hadith

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bim ban g. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Saturday, July 4, 2009

Rejab Tiba Lagi

Hari ni, hati aku mmg tak senang. Macam risau...tapi tak risau... Macam sedih ...tapi tak sedih... Mungkin sebab aku perlu cakapkan sesuatu kat kwn aku tu... tu yg kacau jiwa dibuatnya. Serba tak kena semuanya... Perkara apa yg aku nak ckp tu, tak perlulah aku bgtau kat blog ni... Biarlah rahsia... Cuma kalau kwn tu baca blog ni harap2 dia ok sebab lepas saat tu dia mcm tak ok je... Diam je.... Tak macam selalu.. Huhuu.... Kalau tau la nak jd macam ni,org tak cakap... Biarlah org sorang je yg tanggung tapi percayalah org ni jenis yg berterus terang. Tak reti nak sembunyi2 dalam ati...

Sementara menunggu kwn tu di bustop, macam biasalah aku dgr lagu2 korea kat hp. Jiwa ni dah mmg kacau. Hopefully boleh la relax sikit bila dgr lagu tapi still tak tenang. Masa tgh dgr lagu tu, tak sedar kwn pun sampai... Aku cabut head phone. Dan2 tu terasa angin sepoi2 bahasa menampar2 pipi aku yg sedari tembam sejak kecil ni. Alahai... Sejuk.. Nyaman...

Aku terdiam. Terkedu sejenak. Baru teringat sekarang ni dah masuk bulan Rejab. Alhamdulillah... Dapat juga aku rasa angin bulan Rejab tahun ni. Harap2 Allah panjangkan usia aku untuk rasa angin bulan Rejab tahun depan pulak.

Bagi yg tak tau,
Rejab merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh para sahabat mengenai kelebihan bulan Rejab (bulan ketujuh dalam kalendar Islam).

Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmatNya dan kemurahanNya kepada semua hamba2nya. Amalan terbaik di bulan Rejab ni ialah berpuasa.

Bagi yg lemah berpuasa, banyak lagi ibadah2 lain yg boleh dilakukan bg mendapatkan keredhaan Allah S.W.T..

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umatNya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umatNya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah s.a.w, Ramadhan bulan umat Rasulullah s.a.w..
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepadaNya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w. dan sejarah Islam lain.

DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunanMu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya Allah.