Radio Karat Aku

Sunday, May 31, 2009

Sambut Hari Jadi Ke-2


Hari ni 6 Jamadil Akhir 1430 hijrah. Sekejap je dah masuk bulan Jamadil Akhir. Kalau ikutkan kalender hijrah ni, aku lahir 29 Jamadil Akhir 1407. Mmm... ada dalam 23 hari lagi kalau aku nak sambut hari jadi dalam bulan Islam. Hari jadi....? Aku dah lama tak sambut hari jadi. Kadang2 aku lupa, kadang2 aku saje je buat2 lupa. Housemates aku la yg rajin kejutkan aku tengah2 malam and nyanyi lagu birthday untuk aku. Hehe... Thanks guys!!
Kepada kwn2 lain yg sambut birthday bulan Jamadil Akhir ni, aku ucapkan selamat hari lahir lah... Semoga panjang umur, disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki... Sedikit penerangan tetang bulan Jamadil Akhir.


Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu, air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.


Peristiwa2 penting bulan Jamadil Akhir :

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang.Tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.

No comments: