Radio Karat Aku

Sunday, May 1, 2011

Sakit Itu Nikmat Allah

Assalamualaikum w.b.t....

Sakit tu nikmat ke? Entahlah... tepuk dada, tanyalah hati. Ada yang anggap sakit ni penghapus dosa-dosa kecil, ada juga yang kata sakit ni bala, ramai juga yang kata sakit ni ujian dari Allah. Macam-macam jawapan la ada. Tapi bagi Cik Nab, sakit ni ibarat nikmat dari Allah. Memang la kadang-kadang Cik Nab sedih sangat kenangkan diri Cik Nab yang ibarat hidup segan mati tak mahu ni. Tapi sebagai hamba Allah yang terlalu kerdil dan terlalu banyak dosa ni, Cik Nab terima segalanya dengan redha. Bagi Cik Nab, Allah kurniakan sakit ni pada Cik Nab adalah sebagai satu nikmat untuk menjadikan Cik Nab manusia yang lebih tabah dan bersyukur atas segala kurniaan yang telah Allah berikan.

Cik Nab rasa macam nak berkongsi sikit cerita la... Kalau ada yang nak baca tu, boleh la teruskan tapi kalau ada yang tak nak, tak pe la... tak paksa...

Masa Cik Nab sakit dulu, ramai yang datang bertanya khabar. Rasa terharu sangat masa tu. Rasa diri ni betul-betul dihargai. Tapi bila ada yang tahu penyakit Cik Nab ni, ramai pulak yang cuba menjauhkan diri. Siap ada yang suspek Cik Nab la penyebab orang tu sakit. Sebabnya?? Sebab penyakit Cik Nab ni boleh berjangkit kepada orang lain. Sakit apa tu? Kalau orang-orang tua sebut sakit batuk kering. Kalau doktor sebut, TB...

Macam mana Cik Nab boleh dapat penyakit ni? Entah la... Cik Nab pun hairan jugak sebab Cik Nab dah lama tak batuk. Dah hampir 6 bulan Cik Nab tak batuk (masa keputusan TB dikeluarkan). Mulanya Cik Nab jumpa doktor sebab Cik Nab rasa macam ada ketulan kat bawah dagu. Cik Nab ingatkan benda tu kanser, tapi doktor kata tu adalah kelenjar yang memerangkap kuman. Kelenjar tu dah bengkak sebab ada banyak sangat kuman. Lepas tu, doktor suruh Cik Nab buat ujian mantox, ujian darah, DNA dan pembedahan kecil untuk tahu virus apa yang ada pada kelenjar tu. Bila keputusan spesimen keluar, doktor kata Cik Nab terkena jangkitan TB. Doktor beri ubat dan katanya tiada lagi rawatan di hospital tu lagi cuma ada surat susulan jika Cik Nab rasa tak sedap badan.

Lepas makan ubat, Alhamdulillah, selera makan dah bertambah dan badan pun rasa semakin sihat. Tapi yang tak sedap hati tu, ada pulak yang menganggap Cik Nab la yang sebarkan penyakit ni di tempat kerja. Kecil hati Cik Nab masa tu...
Cik Nab ada dengar soksek-soksek di tempat kerja yang mengatakan Cik Nab ni tak pandai jaga diri, tak sedar diri dan sepatutnya dapat dosa besar sebab sebarkan penyakit ni pada orang lain. Ya Allah..... tak terniat pun di hati Cik nab nak sebarkan penyakit ni. Cik Nab pun tak tahu Cik Nab dapat penyakit ni dari siapa... Masa keputusan pembedahan tu keluar, Cik Nab redha segalanya. Cik Nab tak salahkan dan tak tuduh sesiapa pun. Cik Nab memang tak tahu Cik Nab dapat dari siapa dan Cik Nab tak ada niat pun nak bagi penyakit ni pada orang lain.... Tapi kenapa ramai yang marahkan Cik Nab?? Hina sangat ke Cik Nab ni? Cik Nab pun dapat dari orang lain... Bukan Cik Nab yang cipta penyakit tu. Kalau Cik Nab cipta penyakit dan sebarkan pada orang lain, boleh juga la nak marah....

Alhamdulillah, lepas makan ubat yang doktor beri, Cik Nab dapat jalankan kehidupan seperti biasa... Rasa badan ni memang dah semakin sihat tapi pada suatu hari, hidung Cik Nab pula keluar darah. Hampir dua minggu darah keluar. Hari-hari darah keluar. Cik Nab tak beritahu sesiapa pun pasal hal ni sebab Cik Nab takut nanti orang ingat penyakit Cik Nab semakin serius. Macam mana Cik Nab nak cari rezeki nak bagi duit belanja pada mak? Pernah juga la Cik Nab suarakan penyakit ni pada kawan Cik Nab tapi ramai yang kata Cik Nab kurang minum air. Kurang minum ke kalau sehari Cik Nab minum 2 botol mineral besar?


Sehinggalah suatu hari, Cik Nab pergi kursus di Morib dan ramai kawan-kawan tegur muka Cik Nab nampak lain. Nampak macam cucuk botox. Tegang je katanya. Cik Nab dah mula risau. Cik Nab pun jumpa la doktor. Doktor kata Cik Nab kena gestrik. Gas beracun yang keluar dari mulut tu telah meradangkan bahagian bibir Cik Nab dan bahagian sekelilingnya. Mungkin itulah sebabnya muka Cik Nab nampak tegang. Bila Cik Nab makan ubat di tempat kerja, ada pula yang tegur dan marahkan Cik Nab sebab tak pandai jaga diri. Muda-muda dah sakit. Siapa ada yang kata Cik Nab mensia-siakan hidup muda Cik Nab. Ya Allah.... sedihnya Cik Nab masa tu... Bukan nak tolong jagakan makan minum Cik Nab, malah dimarah-marah lagi.

Inilah kisah yang Cik Nab nak kongsikan kepada semua pembaca blog Cik Nab yang tak seberapa ni. Sebab tu lah Cik Nab kata, sakit ni ibarat nikmat yang Allah beri kepada Cik Nab untuk menjadikan Cik Nab seorang yang lebih tabah hadapi liku-liku kehidupan dan menghargai setiap yang ada selagi ia masih menjadi milik kita....

Sesungguhnya, Cik Nab tak ada niat langsung nak buruk-burukkan sesiapa dalam blog ni. Cuma Cik Nab nak berkongsi cerita dan jadikanlah cerita Cik Nab ni sebagai satu motivasi buat insan-insan yang dalam kesedihan seperti Cik Nab. Percayalah bahawa segala yang Allah beri adalah yang terbaik buat hambaNya. Jika Allah mengurniakan sesuatu penyakit kepada kita, percayalah bahawa itulah yang terbaik buat kita... Ada la hikmah disebalik semua tu... Wassalam..

Saturday, January 15, 2011

Anjing Juga Perlu Makan



Assalamualaikum w.b.t....

Cik Nab ada seorang jiran yang sangat-sangat sayang pada haiwan ciptaan Allah. Tak kira la haiwan tu bersih ke, kotor ke, haram ke... haram? Ye.... Haiwan haram pun dia sayang...

Al-kisahnya begini, pada suatu hari yang mendung (baru lepas hujan lebat), mak Cik Nab ke rumah jiran tersebut. Pada ketika itu, jiran Cik Nab sedang menggaulkan nasi dan ikan untuk diberikan kepada 25 ekor kucing peliharaannya yang dikutip dari serata tempat. Tiba-tiba, terlihatlah tiga ekor anjing sedang mengais-ngais tempat bakar sampah di belakang rumahnya untuk mencari makanan.

"Alahai... kau cari makanan ye? Tu anak kau ye? Aku tak ada nasi la nak bagi. Nasi kucing ni pun tak cukup. Ayam pun dah habis." kata jiran Cik Nab kepada anjing-anjing tersebut.

Beberapa minit kemudian, jiran Cik Nab pun menggoreng nugget. Kemudian, dia membungkus nugget tersebut dengan surat khabar lama dan dimasukkan ke dalam beg sampah hitam. Dia kemudiannya meminta mak Cik Nab berjaga di tepi pintu belakang rumah. Minta tolong tengok-tengokkan, kalau-kalau ada jiran yang lalu lalang.

Kenapa jiran Cik Nab buat macam tu? Sebab dia nak beri anjing-anjing itu makan. Bimbang pula dipandang serong oleh jiran-jiran yang lain, makanya dia pun berpura-pura seperti buang sampah di belakang rumah. Padahal, sampah itu adalah makanan yang diberikannya kepada makhluk Allah yang sering dipandang hina oleh orang muslim iaitu anjing.

Cik Nab kagum dengan naluri kasih sayang yang Allah berikan kepada jiran Cik Nab tu. Tersentuh di hati Cik Nab melihatkan keagungan cinta Allah kepada makhluk-makhluknya. Biar pun anjing itu tiada tempat tinggal dan cuma berharapkan makanan di tempat-tempat pembuangan sampah untuk hidup, Allah memberi hidayah kepada seorang hamba yang dipilihNya untuk membantu anjing-anjing itu hidup.

Walaupun ia anjing yang kotor dan haram, namun ia tetap hamba Allah. Allah cipta anjing bersebab. Janganlah menghina jika tak mahu membantu. Sekian..

Thursday, January 13, 2011

Allah s.w.t Balas Ganda

Assalamualaikum w.t.b.....

Kelmarin (10/1/2011), Cik Nab ke Hospital Ampang untuk mendapatkan temujanji pakar di sana. Inilah pertama kali Cik Nab jejakkan kaki di hospital yang boleh dikatakan besar dan cantik tu. Pada mulanya mak nak temankan Cik Nab tapi sebab nak jimatkan kos perjalanan, Cik Nab teguhkan hati untuk melangkah sendiri.

Sampai sahaja di Stesyen LRT Cempaka, Cik Nab dapatkan teksi untuk ke hospital tu. Pada mulanya Cik Nab macam tercengang-cengang jugalah sebab tak biasa dengan tempat tu. Seorang pak cik teksi yang nampak Cik Nab macam nak cari teksi terus panggil untuk naik teksi dia. Alhamdulillah.... mudah juga nak dapatkan teksi di sana. Sepatutnya Cik Nab seorang je naik teksi tu tapi memandangkan ada seorang lelaki yang melalui jalan yang sama, maka pak cik teksi tu pun pelawa lelaki tersebut naik teksi. Cik Nab tak kisah... Rasa selamat sikit...

Sampai di hadapan pintu hospital, tambang yang perlu dibayar ialah RM4.10.... Cik Nab bagi RM4.20 sebab tak ada 10 sen dan meminta pak cik tersebut simpan bakinya. Walaupun pada ketika itu memang Cik Nab tak ada wang dan sememangnya perlu berjimat cermat tapi Cik Nab bukanlah jenis yang berkira sangat. 10 sen tu kira sedekah....

Nak dipendekkan cerita, masa Cik Nab pulang, tambang teksi sepatutnya RM6.20..... Cik Nab pun bayarlah harga tu tapi pemandu tu ambil RM6 je.... Ini bermakna Cik Nab dah jimat 20 sen.

Cik Nab bukanlah nak menunjuk-nunjuk dengan sedekah 10 sen Cik Nab tu tapi Cik nab nak berkongsi kepada semua pembaca bahawa balasan Allah itu berlipat kali ganda. Tak ada niat pun nak riak dengan sedekah yang sedikit ni. Apa yang Cik Nab nak sampaikan di sini ialah secebis cerita benar yang membuatkan Cik Nab berasa semakin kerdil dan semakin rendah hati atas kasih sayang yang Allah berikan.


Sekian....

Sunday, October 17, 2010

Bernafas Semula

Assalamualaikum w.b.t....

Lama dah Cik Nab tak menulis blog ni. Bukan malas, bukan tak ada idea tapi tak ada masa. Agak sibuk semester ni. Maklum la... semester akhir... InsyaAllah bulan November ni habis dan terus tunggu posting mengajar. Buat masa ni tak tahu lagi dapat mengajar di mana tapi Cik Nab minta negeri Selangor. Kenapa Selangor jadi pilihan? Hehehe... Ada la sebab musababnya....

Sebenarnya, Cik Nab tak kisah dihantar ke mana pun kerana Cik Nab memegang teguh amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru untuk mengajar anak2 bangsa. Walaupun Cik Nab major Muzik dan ramai yang memandang remeh pada mata pelajaran ni, tapi sebagai seorang guru, Cik Nab rasa khidmat Cik Nab masih lagi diperlukan di sekolah2 pedalaman. Cik Nab redha dengan ketentuan Ilahi. Jika ditakdirkan mengajar di pedalaman, ke pedalaman la kaki ni melangkah. Jika ditakdirkan Cik Nab mengajar di kawasan bandar, ke bandar la kaki ni melangkah. Cik Nab yakin, takdir Allah itu adalah yang terbaik buat hambaNya.

Sejak hari ni, barulah Cik Nab dapat bernafas semula setelah hampir2 putus nafas dengan pelbagai aktiviti maktab. Mana taknya, lepas intership, kena hantar kajian. Then, viva. Selepas dikomen oleh pensyarah2 dan dihentam teruk oleh moderator, buat pembetulan kajian pula. Kemudian penambahbaikan untuk penjilidan. Selesai je hantar kajian untuk dicetak, buat seminar pulak. Cik Nab pula ditugaskan untuk jadi Ketua Reppotore... Alhamdulillah seramai 30 rakan yang bekerja di bawah Cik Nab semuanya memberikan kerjasama yang baik. Cik nab sangat bersyukur dan berterima kasih. Bukan senang nak bekerjasama dengan rakan yang berlainan jabatan tau... Hati orang kita tak tau...

Sebelum seminar tu, ada pula amali muzik yang mana Cik Nab perlu merakamkan 4 buah lagu kanak2 dan mengubah sebuah skor ensemble lagu KBSR. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Berbaloi juga Cik Nab balik 2,3 pagi dari maktab kerana lagu amali sempat juga disiapkan. Terima kasih kepada kak sham yang sanggup berkorban masa, tenaga dan CD untuk convert dan burn lagu2 Cik Nab. Terima kasih banyak kak sham.... Jasa kak sham saya tak tahu nak balas macam mana. Terima kasih juga kepada rakan2 rumah yang sama2 balik lewat dan menerima seadanya keadaan rumah yang tunggang langgang. Alahai....

Sambil2 menjalankan seminar di maktab, dalam masa yang sama Cik Nab terkejar2 dengan latihan koir untuk Perhimpunan Guru 1 Malaysia yang dihadiri oleh Dato' Najib dan Dato' Muhyiddin Yasin serta 20, 000 orang guru dari seluruh Malaysia. Alhamdulillah... Setelah bertungkus lumus siang malam, akhirnya persembahan koir tu mendapat pujian dari VVIP. Terima kasih.. Kami cuba buat apa yang termampu.... Jika terkurang harap dimaafkan. Maklum la, nak puaskan hati semua orang memang tak kan terpuas....






Petang tadi Cik Nab ke Times Square mencari barang2 untuk Malam Mesra Jabatan Muzik yang bertemakan Retro. Hadoi... Bertemankan Ili, rakan serumah yang mempunyai konsep retro yang agak sama, kami pening kepala mencari kostum ala2 retro gitu.... yang ada pun, tak ada saiz pula untuk Cik Nab. Bila dah jumpa yang sesuai, duit dalam dompet pula tak mengizinkan. Mmmmhhh.... Tengok la macam mana nanti... Tak dapat konsep retro yang sebenar, dapat sipi2 pun jadi la kan....

Saturday, May 29, 2010

Hum Tum bahagian 3



Saya serabut... Saya nak exam... Exam ni saya rasa takut sangat sebab saya tak pandai english. Selalu dapat markah corot. Malu tau bila name list ditampal, nama saya yang dapat markah paling corot dalam kelas. My English is so poor.... Lain la awak. Tiap2 bulan mak awak langgan Readers Digest untuk awak. Beratus2 duit dia habis nak bagi awak pandai speaking London. Saya malu dengan awak. Kalau awak speaking dengan saya, saya tak tahu nak jawab apa. Nasib baik awak tanya saya melalui sms. Boleh la saya tanya kawan2 yang duduk dekat2 dengan saya apa maksud yang awak tanya tu. Kalau tak, entah apa2 la yang saya balas.

Awak, selama ni saya tak pernah pun dengar trax.fm tau... Saya pun tak tahu kewujudan stesyen radio tu. Bila awak nak tujukan lagu kat trax.fm dan suruh saya dengar radio tu, kelam kabut saya cari frekuensi dia. Fasihnya awak speaking dengan DJ tu... Memang bunyi mat saleh la bila awak bercakap. Hebatnya awak... Walaupun awak makan belacan tapi mulut awak berbau spegeti.

Tapi awak baik. Awak tak pernah berlagak.... Awak ajar saya... Kalau ada makna2 english yang saya tak tahu, saya tanya awak. Kalau saya stay up malam2, awak temankan saya sampai saya habis buat kerja tu even pukul 2 pagi. Bila saya nak exam, awak doakan untuk saya. Awak tak pernah pun miss wish good luck kat saya setiap kali saya nak ambik exam. Mungkin sebab tu pointer saya baik... Sebab ada doa dari mak saya dan awak... Lagipun, awak bagi inspirasi kat saya untuk belajar dengan tekun. Terima kasih awak....

Tapikan awak, saya pun selalu doakan awak tau. Hari2 setiap kali lepas solat, saya selalu doakan awak agar lulus exam dan dapat sambung degree... Dapat pointer tinggi.... Dapat kerja baik2.... Selalu bahagia... Kalau boleh, saya nak tanggung semua masalah awak supaya saya selalu nampak senyuman di wajah awak. Saya tak nak tengok awak sedih... Saya tahu, ramai insan2 yang awak sayang dah dipanggil ke sisi Allah s.w.t.... Syazwan..., Pak Tam...., Tok..... Awak jangan la sedih. Saya kan ada... Awak tak gembira ke kawan dengan saya?

Awak, sejak saya berkawan dengan awak. Saya dah banyak berubah. Saya rasa saya dah semakin dekat dengan Allah s.w.t... Panas baran saya pun dah semakin berkurangan. Saya pun dah pandai senyum sorang2... Semua tu bermula dari awak la... Betul kata seorang kawan saya tu, mungkin Allah tak beri hidayah dalam hati kita untuk jadi manusia yang baik, tapi mungkin Allah utuskan seseorang untuk bimbing kita menjadi insan yang lebih baik. KIta mungkin tak boleh jadi manusia yang baik tapi sekurang-kurangnya jadilah insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Saya bersyukur jumpa orang seperti awak. Siapa sangka awak dan saya dari dua negeri yang berbeza, sekolah yang berbeza even nombor telefon pun berbeza boleh jadi kawan baik.... Boleh bimbing saya secara awak tak sedar... Maaf kerana saya hipokrit terhadap awak pada awal perkenalan kita. Saya tak beritahu perkara sebenar kepada awak tapi saya tak menipu awak... Saya cuma nak berkawan dengan awak... Saya tak nak awak rasa yang saya ni teruk dan membuatkan awak tak nak kawan dengan saya lagi. Saya seronok berkawan dengan awak dan ingin berkawan dengan awak...

Awak.... Latar hidup saya tak seindah latar hidup awak... Wajah saya tak seindah yang awak bayangkan.... Mungkin pelangi kita ada 7 warna tapi warna pelangi saya lebih kelam dari warna pelangi awak. Saya tak nak fikirkan masa depan yang lebih jauh dengan awak sebab saya memang tak layak. Saya cuma nak keadaan ni kekal macam ni... Tu aje....

Hum Tum bahagian 2



Awak, ada satu lagi kad yang awak bagi kat saya. Kad hari raya... Kad tu warna biru... Tak banyak yang awak tulis pada kad tu. Hanya ucapan hari raya je.... Kad tu pun dah hilang masa banjir. Maaf awak... Saya tak jaga barang yang awak bagi dengan baik....

Awak, seumur hidup saya, saya tak pernah solat terawih. Saya tak nak salahkan sesiapa tapi memang saya tak pernah buat... Ada juga belajar solat ni kat sekolah dulu tapi tak pernah pun amalkan. Masa malam pertama bulan ramadhan, awak ucapkan selamat berpuasa kat saya. Awak kejutkan saya bangun sahur. Bahagianya....

Awak kata awak rasa terharu sangat malam tu sebab awak berpeluang solat terawih untuk ramadhan kali ni. Saya malu sangat dengan awak sebab saya tak tahu apa2 pun pasal solat terawih. Saya pergi solat terawih pun sebab ikut housemate dan sememangnya orang yang duduk asrama digalakkan solat terawih kat surau. Sejak hari tu, hari2 saya pergi solat terawih. Mula2 tu memang la buat sampai 20 tapi lama2 saya penat la.... Saya buat juga tapi sampai 8 je.... Hehehe.... Saya tetap akan buat solat terawih walaupun saya tak larat disebabkan kekenyangan sebab bila awak balik dari masjid dan sms saya, " hari ni buat berapa? " saya ada jawapan nak jawab... =)

Raya kali ni satu family awak pakai baju warna hijau lumut. Family saya jarang beli baju yang tema warnya sama. So, saya pun beli la satu baju warna hijau... Tak lah hijau lumut sangat tapi ada la hijau2 sikit... Kenapa saya nak beli baju yang sama warna dengan family awak ye? Entah la. Saya pun tak tahu tapi yang pasti raya kali ni sangat bermakna.

Sepanjang bulan ramadhan tahun tu saya bangun sahur. Dulu kalau dekat rumah saya liat sangat nak bangun sahur sebab saya malas nak makan pagi2. Tak boleh masuk la.... Tapi tahun tu saya gagahkan juga bangun pagi sebab awak dah gagahkan diri awak kejutkan saya sampai saya bangun. Terima kasih awak....

Sehari sebelum raya, awak dan saya saling memohon maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang persahabatan kita. Saya terharu sangat masa tu. Awak.... Awak tak ada salah apa2 pun pada saya. Awak seorang kawan yang sangat baik... Kalau awak buat jahat pun, saya akan tetap maafkan awak. Kan awak juga yang ajar saya, kenapa kita tak boleh maafkan kesalahan orang lain sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri ampunkan dosa umatnya inikan pula kita hamba biasa....

Malam raya tu awak tujukan lagu untuk saya. Lagu Anuar Zain dan Elina, " Suasana Hari Raya ". Saya pula tujukan lagu Mawi, " Ku Pohon Restu Ayah Bonda ". Bestnya raya kali ni... Segalanya sempurna... =)

Buka cuti raya, awak tujukan satu lagu yang membuatkan saya syok sendiri. Awak ingat tak lagu Anwar Zain, " Lelaki Ini ". Saya terkejut sangat bila awak tujukan lagu tu melalui hp... Mula2 tu memang la saya rasa geli sebab rasa macam awak ni jiwang la pulak. Tapi lepas tu saya rasa saya dah sasau kot.... Mandi tak kenyang, tidur tak basah, makan tak lena.... Alahai cinta.... Adakah sudah berputik? Atau saya je yang syok sendiri?

Sejak hari tu, kita selalu main tuju2 lagu. Yang paling romantik, awak tujukan lagu kat trax.fm... Awak sebut nama saya... DJ tu tanya awak saya ni siapa? Awak kata saya kawan awak. DJ tu balas, betul ke? Tak ada jawapan dari awak. Hanya lagu N'sync, " This I Promise You ". berkumandang... Awak.... Air mata saya mengalir masa lagu tu ke udara. Buat pertama kalinya seumur hidup saya, inilah kali pertama seorang lelaki menujukan lagu untuk saya dikhalayak ramai. Terima kasih awak....

Hum Tum bahagian 1



Awak ingat tak macam mana kita mula2 kenal dulu? Saya dapat nombor telefon awak dari seorang kawan yang saya baru je kenal dia seminggu. Masa mula2 saya miss call awak, awak tanya saya, " Awak siapa? Kenal ke? ". Saya balas " Tak....." . Kemudian awak gelak. Awak kata telinga awak nak tercabut sebab jumpa orang buat lawak bodoh siang2 hari buta.... Awak sedar tak, sejak hari tu kita terus jadi kawan baik.

Saya ni banyak kelemahan. Bukan kerana kurang didikan agama atau diabaikan keluarga tapi belum dapat hidayah kot... Selalu sangat tinggalkan sembahyang. Kalau lima waktu tu, dalam 2,3 je yang saya buat. Ikut keadaan la.... Rasa nak buat, buat. Tak nak buat, buat2 lupa. Kalau mengaji tu memang jarang sangat la. Kalau mengaji pun banyak yang tak betul. Suatu hari awak tanya saya, " Dah solat maghrib? ". Saya tak tahu nak jawab apa.... Saya tak nak menipu awak sabab saya tak suka tipu orang. Saya pun malu juga nak cakap yang saya malas nak sembahyang. Akhirnya saya cepat2 pergi tandas dan ambil wuduk. Saya cepat2 sembahyang dan balas sms awak, " Dah.... ".

Lepas tu awak tanya lagi, dah mengaji? Saya cepat2 pinjam Al-Quran roomate saya sebab saya tak ada Al-Quran. Saya baca sepotong dua ayat. Saya pun tak tahu surah apa yang saya baca. Asalkan baca..... Tanpa berlengah masa lagi, saya pun terus balas sms awak, " Dah....".


Awak.... Saya tak pernah tipu awak sebab.... Saya memang tak ada sebab kenapa saya nak tipu awak.... Saya suka berkawan dengan awak. Saya tak nak awak tinggalkan saya.... Kita selalu sms... Dari pagi sampai la ke tengah malam. Hari2 saya tunggu sms dari awak sebab saya nak borak2 dengan awak.... Kalau boleh, semua benda saya nak cerita kat awak.

Ingat lagi tak, dulu awak guna celcom, saya guna maxis... Saya selalu kehabisan kredit sebab nak sms awak mahal. Akhirnya saya skip belanja makan saya sebab nak beli top up. Nak sms dengan awak.... Tiba-tiba suatu hari tu, awak sms saya guna nombor maxis. Saya tanya kenapa tukar nombor? Awak kata sebab ramai sangat kawan yang guna maxis. Saya tak tahu sungguh ke disebabkan kawan awak guna maxis, awk pun tukar? Masa tu saya tersenyum senang hati. Sebab saya boleh active 1o nombor awak... 1 sms 1 sen je. Jimat.. Kita boleh sms banyak2 sepanjang hari.....!!

Awak, saya ingat lagi...awak ada sekor kucing. Nama dia Pak Tam. Kucing tu hitam.... Tapi sayang kucing tu dah mati.... Puas awak hantar dia pergi klinik haiwan tapi Allah lebih sayangkan dia.... Masa tu awak sedih sangat dan sejak hari tu awak tak lagi bela kucing kat rumah.

Dulu awak selalu cerita pasal butik baju mak awak. Kat sana ada macam2 baju. Baju laki, baju perempuan, tudung, kain, semuanya ada. Mula2 tu saya ingat awak ni mesti seorang yang stylo... Anak orang kaya... Hp mahal.... Speaking London... Tapi saban hari awak mengadu kisah butik mak awak yang semakin hari semakin tak maju. Awak sedih.... Mak awak banyak keluar modal untuk butik tu tapi hasilnya sangat tidak memuaskan. Awak, kalau saya ada duit, saya dah usahakan butik mak awak tu sebab saya memang bercita-cita nak buka butik. Saya suka sangat bidang tu... Cuma duit je tak ada nak buat modal.... Huhuhu.... Akhirnya, mak awak ambil keputusan untuk tutup je butik tu... Sejak hari tu, tak ada lagi kisah butik baju masa kita sms... Saya pun tak berani nak tanya awak. Saya takut menyinggung perasaan awak.

Awak ingat tak masa hari jadi saya, awak belikan birthday card warna pink. Sebelum awak beli kad tu, awak asyik tanya saya je saya suka warna apa...? Suka hadiah apa...? Rupa2nya awak nak belikan kad untuk saya. Awak... saya sayang sangat kad tu. Saya simpan dalam diari saya sebab saya tak nak orang lain tahu... Tapi... Apakan daya, kad tu dah hilang masa rumah saya banjir. Puas saya cari tapi tak jumpa. Nasib baik saya ada simpan gambar kad tu dalam hp. Saya ingat lagi kata-kata awak tulis dalam kad tu....

" People will forget what you said,
People will forget what you did,
But people will never forget how you made them feel"

Betul kata awak. Orang akan lupa apa yang saya cakap dan orang juga akan lupa apa yang saya pernah lakukan tapi orang tak akan lupa bagaimana saya menyentuh perasaan mereka.... Seperti awak menyentuh perasaan saya..... Selama ni tak pernah pun orang lelaki bagi kad kat saya... Awaklah lelaki pertama yang bagi kad pada saya... Terima kasih awak....

Monday, May 24, 2010

Ke Mana Saya Menghilang?

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.....

Dah lama rasanya x tulis blog....mmmmm...ada jugak yang tnya ke mana Nab mnghilang? Thanks ye....coz still ingt lagi kat Nab and sudi jenguk2 blog yang x seberapa ni.... Well, Nab tak ke mana pun. Still ada kat Malaysia ni lagi. Cuma Nab agak sibuk sket semenjak dua ni....nak selesaikan praktikum....urusan hal2 maktab....proposal tesis.....masalah ngan kekasih yang x dianggap "kekasih" lagi....dan kebetulan pulak mak Nab jatuh sakit...mmmm....mmg agak serabut la kepala otak ni. Tension tu jangan cerita la....Hanya Tuhan je yang tau...

Tapi Nab anggap semua tu sebagai ujian dari Allag s.w.t....Nab yakin dengan jalan yang diberikan kepada Nab dan Nab yakin dengan segala yang telah diaturkan Allah adalah yang terbaik buat Nab. Pahit manis bergelar hamba Allah, anak perempuan, guru, kawan dan kekasih memang banyak mengajar Nab erti kesabaran dan kecekalan dalam hidup.

Nab bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Justeru, Nab perlu bekerja keras untuk hidup dan masa depan Nab.....Nab juga tidak dilahirkan dengan rupa paras yang sempurna...Kerana itu, Nab perlu tabah hadapi segala kata hina atau usikan rakan2 mahupun orang2 di sekeliling Nab tentang kekurangan Nab ni.....

Berbalik semula kisah blog Nab ni, insyaAllah...Nab ingin menulis kisah2 yang boleh membawa teladan kepada semua yang membaca....Semoga cerita Nab bukan sahaja sekadar hiburan di masa lapang tetapi juga boleh dijadikan pengajaran untuk kehidupan.... InsyaAllah..... =)

Sunday, November 22, 2009

Apa Lagi Yang Tak Cukup??



Seorang hamba bergelar insan
Punya keluarga, punya kerjaya
Tapi hatinya kosong...

Seorang hamba bergelar insan
Punya teman, punya kawan
Tapi hatinya tetap kosong...

Seorang hamba bergelar insan
Temui seseorang yang dirasakan penerang kegelapan
Tapi sampai bila??
Sedangkan dia terbakar dan terus terbakar
Demi menerangi kegelapan itu...

Seorang hamba bergelar insan....
Apa lagi yang kau mahu?
Apa lagi yang kau cari?
Apa lagi yang tak cukup?

Jika hampa hidupmu
Jika kosong jiwamu
Isikanlah ia dengan zikrullah
Terangilah ia dengan Al-Quran

Mungkin itulah kekurangannya
Mungkin itulah puncanya
Cubalah dekati padaNYa
Sesungguhnya
Selangkah engkau menuju kepadaNya
Seribu langkah Dia datang menghampiri engkau..

Tiada yang lebih sempurna selain mendekatiNya
Hargailah setiap yang kau miliki.

Semoga kau temui apa yang kau cari...
Amin...

Syukur Apa Yang Ada


Pada suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan di kaki lima deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kasut. Dia terlihat sepasang kasut yang sangat cantik pada pandangan matanya. Namun, harga kasut tersebut sangat mahal. Dia berlalu pergi dan mengeluh sendirian kerana tidak mampu memiliki kasut idamannya itu....

Sedang dia berjalan, dia terlihat seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai kasut sedang bersungut. Kanak-kanak tersebut sudah lama berkeadaan seperti itu. Kehidupan yang susah dan miskin tidak melayakkan dia memiliki walau sepasang kasut pun. Kanak-kanak tersebut lalu bergerak melintasi sebuah jalan raya.

Di seberang jalan raya, kanak-kanak tersebut terlihat seorang lelaki tua sedang duduk di bawah sebuah tangga. Kanak-kanak tersebut berjalan menghampiri lelaki tua itu. Alangkah terkejutnya dia, lelaki itu tidak mempunyai kaki....


Lihatlah hidup ini..... Kita seringkali merasakan hidup kita tidak sempurna atau kurang sempurna. Malah mengeluh tidak tentu pasal kerana tidak dapat memiliki sesuatu yang dihajati. Cuba renungkan semula cerita tadi... Orang yang tidak dapat membeli kasut lebih beruntung dari orang yang tidak mempunyai kasut langsung... Orang yang tidak memakai kasut juga masih beruntung kerana masih memiliki kaki.. Sedangkan orang yang tidak mempunyai kaki???

Bersyukurlah atas segala yang dikurniakan kerana kita lebih beruntung dari orang di luar sana...