Radio Karat Aku

Sunday, November 22, 2009

Syukur Apa Yang Ada


Pada suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan di kaki lima deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kasut. Dia terlihat sepasang kasut yang sangat cantik pada pandangan matanya. Namun, harga kasut tersebut sangat mahal. Dia berlalu pergi dan mengeluh sendirian kerana tidak mampu memiliki kasut idamannya itu....

Sedang dia berjalan, dia terlihat seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai kasut sedang bersungut. Kanak-kanak tersebut sudah lama berkeadaan seperti itu. Kehidupan yang susah dan miskin tidak melayakkan dia memiliki walau sepasang kasut pun. Kanak-kanak tersebut lalu bergerak melintasi sebuah jalan raya.

Di seberang jalan raya, kanak-kanak tersebut terlihat seorang lelaki tua sedang duduk di bawah sebuah tangga. Kanak-kanak tersebut berjalan menghampiri lelaki tua itu. Alangkah terkejutnya dia, lelaki itu tidak mempunyai kaki....


Lihatlah hidup ini..... Kita seringkali merasakan hidup kita tidak sempurna atau kurang sempurna. Malah mengeluh tidak tentu pasal kerana tidak dapat memiliki sesuatu yang dihajati. Cuba renungkan semula cerita tadi... Orang yang tidak dapat membeli kasut lebih beruntung dari orang yang tidak mempunyai kasut langsung... Orang yang tidak memakai kasut juga masih beruntung kerana masih memiliki kaki.. Sedangkan orang yang tidak mempunyai kaki???

Bersyukurlah atas segala yang dikurniakan kerana kita lebih beruntung dari orang di luar sana...

No comments: