Radio Karat Aku

Saturday, July 4, 2009

Perginya Seorang Hamba...

Assalamualaikum w.b.t....

Pada hari isnin yg lalu bersamaan 22 Jun 2009, seorang pensyarah yg baru berpindah ke IPIK lebih kurang 6 bulan yg lalu telah pulang ke rahmatullah. Inna lillahi wainna illaihi rajiuun... Puan Khalijah Bt Maimun dikhabarkan meninggal dunia pd jam 8.00 pg di airport (tidak dinyatakan di mana) setelah menghadiri majlis konvokesyen anaknya di London. Kami, student PISMP Sem
6 sangat sedih dengan pemergian arwah secara mengejut. Sebelum cuti sem (waktu exam) kami sempat berjumpa arwah buat kali terakhir di Bilik Recital. Arwah nampak sihat walaupun pada ketika itu dia berjalan agak perlahan. Saya pernah bertanya kpd arwah mengapa jalan terhinjut-hinjut? Arwah jawab, dia sakit kaki lalu menunjukkan kakinya yg berbalut.... Saya bertanya lg macam mana boleh jadi macam tu? Arwah kata, dia banyak bawa barang sampai kakinya sakit. Mungkin kaki arwah masih sakit ketika menjaga kami exam...

Arwah adalah seorang yg tegas dan berdedikasi k
etika mengajar. Tidak pernah mencampur adukkan hal pengajaran dan peribadi di dalam kelas. Masa p & p digunakan sepenuhnya dengan pengisian ilmu...

Sedih... Menyesal...Terdiam... Tak tahu nak kata apa lagi... Nak minta maaf, arwah dah tak ada... Nak ziarah kubur arwah pun tak
tahu kat mana... Hanya doa yg mampu kami berikan. Sehubungan itu, kami satu kelas pakat untuk mengadakan majlis yasin dan tahlil secara kecil2an di "kondo mewah" saya di Pangsapuri Cheras 4E. Moga2 arwah ditempatkan dalam golongan hambaNya yg solehah... Amin...


Menunggu solat maghrib


Bacaan yasin dan tahlil


Zaidi mengetuai bacaan yasin...


Antara juadah yg mampu dihidangkan tatkala elaun tak masuk lg..

No comments: