Radio Karat Aku

Wednesday, June 24, 2009

Jumpa Lagi, Makan Lagi, Bercerita Lagi


Fren 4ever...

Baru2 ni (21 Jun) dak2 kelas 5C and 5B wat makan2 kat Tekali. Tapi de gak sorang dak 5A yg sesat datang. Sape lg kalo bukan Aizan. Dia tu mmg sokmo menyelit reunion orang. Malam tu 1st time aku masuk Tekali... Dah nak dekat kol 10 dah. Perut pun dah berdondang sayang kelaparan. Alahai...



Aku n Syura



Nanie n Jimah

Tempat tu ok la... Plan asalnya nak wat bbq. Man kata kalau takat 10 orang tu dia nak support semua. Wah....baiknya Man... Tapi entah macam mana plan bertukar pulak nak makan ikan bakar. Kat mana entah. Aku pun tak pernah sampai tempat tu. Tiba2 malam tu kata nak makan kat Tekali la pulak... Mmmm.... Aku on je.. Pasal tujuan asalnya bukan la nak makan sangat pun... Nak jumpa member2 lama....



Man

Citer punya citer tiba2 termasuk lak citer pasal rumah hantu. Huhu... Alkisahnya, P-jah and the geng pergi bercuti kat Janda Baik. Member P-jah ni dapat home stay yang murah. Dalam RM100++ je smalam. Kira ok la kan... 1st time jejakkan kaki, P-jah kata mmg dah rasa seram pun. Kawasan rumah tu macam zaman British dulu2. Ada gambar budak kecik pakai gaun kat dinding... Gambar tu macam hidup tapi tak hidup. Ada banyak lagi gambar seram. Merata tempat lak tu. Seram oo... Rumah tu dijaga oleh seorang nenek. Nenek tu pun nampak macam pelik jer... Alahai... Bulu roma aku dah naik dah ni. Tak pe, aku teruskan jugak! Semangat lak nak bercerita.

Malam tu, P-jah and the geng tak dapat tidur. Seram... Then nak dijadikan cerita, diorang terdengar macam ada orang berjalan kat luar bilik. Memandangkan lantai tu lantai kayu, boleh la agak2 langkah kaki tu kat mana. Kalau aku la kan, aku tak leh la nak bayangkan macam mana keadaan aku masa tu dok dengar bunyi orang yang macam bukan orang berjalan menghampiri aku. Mau pengsen aku dibuatnya. Then, terdengar pulak bunyi macam rambut yang diseret2 kat lantai. Alahai... Takut aku!! Yang kawan P-jah lak handsetnya hilang tiba
2. Dah merata tempat cari tapi tak jumpa. Nak cari kat "tempat2" yang "tak masuk dek akal" macam labu air, pasu and laci takut la pulak. Takut jumpa benda lain. Huhu... Akhirnya, selamatlah handset tu menghilangkan dirinya.

Esoknya diorang check-out. Nasib baik la dok semalam je... Rupa2nya tempat yang diorang stay tu adalah tempat yang selalu orang buat filem seram. Tempat tu
mmg keras siket. Nasib baik la P-jah and the geng tak de yang kena kacau atau terbawa balik sesuatu. Huhu....



P-jah n Jue

Then, P-jah meneruskan cerita seramnya tentang buku yang dibaca kat MPH (almaklum la keje kat sana). Tajuk buku tu, "Berdialog Dengan Jin". Subhanallah... Seram aku bila dengar P-jah citer.

Sebenarnyakan manusia ni boleh berdialog dengan jin tapi adalah cara2 dia. Aku tak nak la bgtau cara2 dia kat blog ni sbb takut tersalah tulis. Tapi cara tu agak menyeramkan la... Kalau korang nak tau jugak, beli la sendiri buku tu. Bila dah boleh berdialog dengan jin and boleh rasa kehadiran jin tu, rupa2nya kita boleh pulak menuntut ilmu untuk ubatkan orang. Huhu... wawawa... kalau aku, aku tak sanggup...

P-jah kata, kalau jin tu dah minat kat someone, biasanya orang tu payah dapat jodoh... Orang2 sekeliling pun macam tak nak kacau2 dia. Ye la... Maybe jin tu nak miliki orang tu sorang je... Jin ni pulak suka orang yang suka dok dalam bilik air lama2. Huhu... Aku selalu lama dalam bilik air. Aku harap "depa" ni tak suka la kat aku... Jin jugak suka kat orang yang suka berangan2, dok sorang2, cakap sorag2, selalu sedih...

Dalam buku tu pun de cerita gak, kalau kita nak tau diri kita ni terkena buatan orang, try mengaji quran surah yang panjang2 macam surah yasin. Biasanya orang yang terkena buatan orang ni tak kan dapat habis baca surah tu. Diorang ni mungkin akan rasa mengantuk or panas... Alhamdullah... Nasib baik aku dapat habiskan baca surah yasin setiap malam jumaat untuk arwah abah.

No comments: