Radio Karat Aku

Thursday, January 13, 2011

Allah s.w.t Balas Ganda

Assalamualaikum w.t.b.....

Kelmarin (10/1/2011), Cik Nab ke Hospital Ampang untuk mendapatkan temujanji pakar di sana. Inilah pertama kali Cik Nab jejakkan kaki di hospital yang boleh dikatakan besar dan cantik tu. Pada mulanya mak nak temankan Cik Nab tapi sebab nak jimatkan kos perjalanan, Cik Nab teguhkan hati untuk melangkah sendiri.

Sampai sahaja di Stesyen LRT Cempaka, Cik Nab dapatkan teksi untuk ke hospital tu. Pada mulanya Cik Nab macam tercengang-cengang jugalah sebab tak biasa dengan tempat tu. Seorang pak cik teksi yang nampak Cik Nab macam nak cari teksi terus panggil untuk naik teksi dia. Alhamdulillah.... mudah juga nak dapatkan teksi di sana. Sepatutnya Cik Nab seorang je naik teksi tu tapi memandangkan ada seorang lelaki yang melalui jalan yang sama, maka pak cik teksi tu pun pelawa lelaki tersebut naik teksi. Cik Nab tak kisah... Rasa selamat sikit...

Sampai di hadapan pintu hospital, tambang yang perlu dibayar ialah RM4.10.... Cik Nab bagi RM4.20 sebab tak ada 10 sen dan meminta pak cik tersebut simpan bakinya. Walaupun pada ketika itu memang Cik Nab tak ada wang dan sememangnya perlu berjimat cermat tapi Cik Nab bukanlah jenis yang berkira sangat. 10 sen tu kira sedekah....

Nak dipendekkan cerita, masa Cik Nab pulang, tambang teksi sepatutnya RM6.20..... Cik Nab pun bayarlah harga tu tapi pemandu tu ambil RM6 je.... Ini bermakna Cik Nab dah jimat 20 sen.

Cik Nab bukanlah nak menunjuk-nunjuk dengan sedekah 10 sen Cik Nab tu tapi Cik nab nak berkongsi kepada semua pembaca bahawa balasan Allah itu berlipat kali ganda. Tak ada niat pun nak riak dengan sedekah yang sedikit ni. Apa yang Cik Nab nak sampaikan di sini ialah secebis cerita benar yang membuatkan Cik Nab berasa semakin kerdil dan semakin rendah hati atas kasih sayang yang Allah berikan.


Sekian....

No comments: