Radio Karat Aku

Sunday, October 17, 2010

Bernafas Semula

Assalamualaikum w.b.t....

Lama dah Cik Nab tak menulis blog ni. Bukan malas, bukan tak ada idea tapi tak ada masa. Agak sibuk semester ni. Maklum la... semester akhir... InsyaAllah bulan November ni habis dan terus tunggu posting mengajar. Buat masa ni tak tahu lagi dapat mengajar di mana tapi Cik Nab minta negeri Selangor. Kenapa Selangor jadi pilihan? Hehehe... Ada la sebab musababnya....

Sebenarnya, Cik Nab tak kisah dihantar ke mana pun kerana Cik Nab memegang teguh amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru untuk mengajar anak2 bangsa. Walaupun Cik Nab major Muzik dan ramai yang memandang remeh pada mata pelajaran ni, tapi sebagai seorang guru, Cik Nab rasa khidmat Cik Nab masih lagi diperlukan di sekolah2 pedalaman. Cik Nab redha dengan ketentuan Ilahi. Jika ditakdirkan mengajar di pedalaman, ke pedalaman la kaki ni melangkah. Jika ditakdirkan Cik Nab mengajar di kawasan bandar, ke bandar la kaki ni melangkah. Cik Nab yakin, takdir Allah itu adalah yang terbaik buat hambaNya.

Sejak hari ni, barulah Cik Nab dapat bernafas semula setelah hampir2 putus nafas dengan pelbagai aktiviti maktab. Mana taknya, lepas intership, kena hantar kajian. Then, viva. Selepas dikomen oleh pensyarah2 dan dihentam teruk oleh moderator, buat pembetulan kajian pula. Kemudian penambahbaikan untuk penjilidan. Selesai je hantar kajian untuk dicetak, buat seminar pulak. Cik Nab pula ditugaskan untuk jadi Ketua Reppotore... Alhamdulillah seramai 30 rakan yang bekerja di bawah Cik Nab semuanya memberikan kerjasama yang baik. Cik nab sangat bersyukur dan berterima kasih. Bukan senang nak bekerjasama dengan rakan yang berlainan jabatan tau... Hati orang kita tak tau...

Sebelum seminar tu, ada pula amali muzik yang mana Cik Nab perlu merakamkan 4 buah lagu kanak2 dan mengubah sebuah skor ensemble lagu KBSR. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Berbaloi juga Cik Nab balik 2,3 pagi dari maktab kerana lagu amali sempat juga disiapkan. Terima kasih kepada kak sham yang sanggup berkorban masa, tenaga dan CD untuk convert dan burn lagu2 Cik Nab. Terima kasih banyak kak sham.... Jasa kak sham saya tak tahu nak balas macam mana. Terima kasih juga kepada rakan2 rumah yang sama2 balik lewat dan menerima seadanya keadaan rumah yang tunggang langgang. Alahai....

Sambil2 menjalankan seminar di maktab, dalam masa yang sama Cik Nab terkejar2 dengan latihan koir untuk Perhimpunan Guru 1 Malaysia yang dihadiri oleh Dato' Najib dan Dato' Muhyiddin Yasin serta 20, 000 orang guru dari seluruh Malaysia. Alhamdulillah... Setelah bertungkus lumus siang malam, akhirnya persembahan koir tu mendapat pujian dari VVIP. Terima kasih.. Kami cuba buat apa yang termampu.... Jika terkurang harap dimaafkan. Maklum la, nak puaskan hati semua orang memang tak kan terpuas....






Petang tadi Cik Nab ke Times Square mencari barang2 untuk Malam Mesra Jabatan Muzik yang bertemakan Retro. Hadoi... Bertemankan Ili, rakan serumah yang mempunyai konsep retro yang agak sama, kami pening kepala mencari kostum ala2 retro gitu.... yang ada pun, tak ada saiz pula untuk Cik Nab. Bila dah jumpa yang sesuai, duit dalam dompet pula tak mengizinkan. Mmmmhhh.... Tengok la macam mana nanti... Tak dapat konsep retro yang sebenar, dapat sipi2 pun jadi la kan....

No comments: