Radio Karat Aku

Saturday, January 15, 2011

Anjing Juga Perlu Makan



Assalamualaikum w.b.t....

Cik Nab ada seorang jiran yang sangat-sangat sayang pada haiwan ciptaan Allah. Tak kira la haiwan tu bersih ke, kotor ke, haram ke... haram? Ye.... Haiwan haram pun dia sayang...

Al-kisahnya begini, pada suatu hari yang mendung (baru lepas hujan lebat), mak Cik Nab ke rumah jiran tersebut. Pada ketika itu, jiran Cik Nab sedang menggaulkan nasi dan ikan untuk diberikan kepada 25 ekor kucing peliharaannya yang dikutip dari serata tempat. Tiba-tiba, terlihatlah tiga ekor anjing sedang mengais-ngais tempat bakar sampah di belakang rumahnya untuk mencari makanan.

"Alahai... kau cari makanan ye? Tu anak kau ye? Aku tak ada nasi la nak bagi. Nasi kucing ni pun tak cukup. Ayam pun dah habis." kata jiran Cik Nab kepada anjing-anjing tersebut.

Beberapa minit kemudian, jiran Cik Nab pun menggoreng nugget. Kemudian, dia membungkus nugget tersebut dengan surat khabar lama dan dimasukkan ke dalam beg sampah hitam. Dia kemudiannya meminta mak Cik Nab berjaga di tepi pintu belakang rumah. Minta tolong tengok-tengokkan, kalau-kalau ada jiran yang lalu lalang.

Kenapa jiran Cik Nab buat macam tu? Sebab dia nak beri anjing-anjing itu makan. Bimbang pula dipandang serong oleh jiran-jiran yang lain, makanya dia pun berpura-pura seperti buang sampah di belakang rumah. Padahal, sampah itu adalah makanan yang diberikannya kepada makhluk Allah yang sering dipandang hina oleh orang muslim iaitu anjing.

Cik Nab kagum dengan naluri kasih sayang yang Allah berikan kepada jiran Cik Nab tu. Tersentuh di hati Cik Nab melihatkan keagungan cinta Allah kepada makhluk-makhluknya. Biar pun anjing itu tiada tempat tinggal dan cuma berharapkan makanan di tempat-tempat pembuangan sampah untuk hidup, Allah memberi hidayah kepada seorang hamba yang dipilihNya untuk membantu anjing-anjing itu hidup.

Walaupun ia anjing yang kotor dan haram, namun ia tetap hamba Allah. Allah cipta anjing bersebab. Janganlah menghina jika tak mahu membantu. Sekian..

2 comments:

mimiette said...

semua makhluk Allah berhak untuk hidup dalam dunia ni.. =)

Zainab Mohd Salleh said...

ye.... x kiralah ia haiwan haram sekali pun... :)