Radio Karat Aku

Tuesday, June 9, 2009

Bengkel 2 - Konsert Kementerian

Pada 15 - 19 Mei yg lalu telah diadakan Bengkel ke-2 Konsert Kementerian di KL International Hotel... Aku pun dok sana 5 hari... huhu.... Konsert Kementerian? Apa tu? Mmmm... Actually, ramai lg yg tak tau pasal konsert ni sbb masih ramai kwn2 yg tanya pd aku, "apa benda tu??"

Konsert Kementerian bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Konsert ini diadakan setiap tahun. Tujuannya untuk mencungkil bakat murid2 dan guru2 dalam bidang muzik untuk dipersembahkan kepada menteri2 dan sultan Malaysia. Kali ini Konsert Kementerian berlangsung sempena Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel di ibunegara. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan berangkat mencemar duli ke Konsert KPM 2009 tersebut bersama delegasi Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel....

Bagi org2 yg bekerja di belakang tabir seperti aku dan kwn2 aku yg lain, kami dapat be
lajar bagaimana menguruskan sesebuah konsert... Bukan senang woooo.... nak jaga artis...mic..keluar masuk artis...pakaian...even benda2 kecik macam bg vitamin and air mineral pun kami buat...tak pe... tu semua pengalaman...





Musician, conductor, director, penyanyi, penari, koreografor, komposer, krew dan sound system semuanya dikendalikan oleh warga KPM iaitu murid2 sekolah, guru2, guru2 pelatih, pegawai2 JPN dan PPD serta pensyarah2 maktab.


Kali ini ramai artis2 baru yg diperkenalkan antaranya adik Afiq, Haqiem, dan Azidi yg bakatnya terserlah dalam rancangan realiti TV Idola Kecil. Student IPIK pun ada yg terlibat juga, tak lain dan tak bukan Kak Ifti, Kak Emily, Kak Sha, Ozal dan Lim.




Malam 19hb Mei telah diadakan pratonton untuk penambahbaikan pada ms akan dtg. Artis yg turut hadir ialah Noraniza Idris. Dia datang sebagai pengkritik. Ada juga menteri2 lain yg datang untuk support. Nama2 menteri tu aku tak tau. Aku kenal Datin Asariah je.. hehe... Ada jugak la kwn2 maktab yg datang bagi support macam Raja Nadia and her "friend", Amirul, Pesot and ramai lagi lah... Thanks guys!! Hey, nnt datang la untuk pratonton 16 and 17 Jun nanti. Lagi best tau!

1 comment:

Unknown said...

gambar dak faiq ade tak..