Radio Karat Aku

Monday, June 1, 2009

Cerita Sang Katak


Pada suatu musim yg panas, terdapat seekor katak yg kehausan. Sang Katak pun mencari air di semua perigi berdekatan. Malangnya, semua perigi2 itu telah pun mengering. Sang Katak melompat2 lemah mencari sungai tetapi tidak ditemui. Sang Katak pun cuba mengorek lubang dengan harapan akan menemui punca air dari tanah.

Korek... korek... dan terus korek... Tiba2, Sang Katak terkorek sebiji batu. Sang Katak pun berfikir mungkin ini adalah lubang yg terdalam dan tidak mungkin menemui punca air dari tanah.

Sang Katak berputus asa. Ia pun melelapkan matanya di tepi lubang yg telah dikeroknya tadi. Oleh kerana terlalu haus dan kepenatan, Sang Katak pun mati....

Sebenarnya, punca air tersebut berada di bawah batu yg ditemui oleh Sang Katak tadi. Jika Sang Katak mengalihkan batu tersebut, punca air dari tanah akan terpancut keluar dan pasti ia dapat meminum air tersebut. Malangnya, Sang Katak begitu cepat berputus asa sehingga sanggup mati dari terus berusaha.

p/s : walau apa pun yg terjadi kt mesti berusaha sampai ke saat terakhir. Chayok2!!!

No comments: