Radio Karat Aku

Monday, June 1, 2009

Cinta Termiliki...















Fathi dan Yuni berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Mereka ke sekolah sama2, rehat sama2, balik sekolah pun sama2... Yuni suka pada Fathi... sebenarnya... cinta.


Ibu Yuni tak suka pada Fathi sebab Fathi anak terbiar. Ibu bapa Fathi bercerai sejak dia berusia 2 tahun. Fathi dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak terurus tapi Fathi seorang yang pandai. Dia adalah antara pelajar terbaik di sekolahnya.

Yuni sedar, semakin dia menginjak remaja, semakin dalam cintanya pada Fahti. Begitu juga Fathi... Tapi, Fathi takut untuk meluahkan isi hatinya. Ye lah... duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi. Namun, hati masing2 dah mengerti. Bicara mata lebih jelas dari ucapan bibir.

Pada suatu hari, ibu Yuni memberi amaran kepada Fathi agar menjauhkan diri dari Yuni. RM10,000 diberikan sebagai ganjaran. Fathi cuba menolak secara baik tapi ibu Yuni tetap berkeras dan mengupah beberapa orang kaki pukul memukul Fathi sehingga dia dimasukkan ke hospital.

Pada hujung bulan depan, Yuni akan dikahwinkan dengan seorang usahawan kaya. Walaupun Yuni sedih dan kecewa dengan paksaan ibunya itu, dia tetap akur. Yuni tiada pilihan lain. Setelah kehilangan khabar dari Fathi dan mendapat keputusan yang kurang baik dalam SPM, dia membiarkan sahaja ibunya mengatur masa depannya. Mungkin inilah yang terbaik.

Ketika ingin mengambil baju pengantin di sebuah butik terkenal di ibu kota, Yuni kemalangan. Akibat dari hentakan yang kuat di bahagian kepala, beberapa saraf yang menghubungkan telinga dan otaknya telah rosak manakala peti suaranya mengalami kecederaan yang teruk.

Majlis perkahwinan di batalkan. Yuni mengambil keputusan meninggalkan Malaysia untuk mencari ketenangan. 5 tahun Yuni melayari hidup sebagai seorang wanita pekak dan bisu di Zurich, Switzerland bersama sepupunya, Zatty.

Sejak kemalangan itu, hidup Yuni banyak berubah. Dia lebih suka menyendiri membaca novel sambil melihat matahari terbenam. Zatty sedar akan perubahan diri Yuni. Semakin hari semakin mengasingkan diri. Zatty tahu Yuni masih ingat pada Fathi dan cintanya Fathi tak pernah kurang. Yuni pernah beritahu Zatty dalam bahasa isyarat bahawa dia tidak sanggup berjumpa Fathi dalam keadaan dirinya seperti ini. Dia malu... Kerana itu, dia ingin jauh dari Malaysia dan jauh dari orang2 yang pernah mengenalinya.

Semasa ulang tahun Yuni ke-24, Zatty membawa Yuni berjalan-jalan di tepi pantai. Yuni gembira tapi sebenarnya dia sengsara. Sengsara mengenangkan seseorang yang dia sendiri tidak tahu khabar beritanya. Zatty membiarkan Yuni berjalan sendirian, mencari ketenangan diri...

Dari kejauhan, Yuni terlihat satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Tubuh yang tak pernah berubah dan tak pernah hilang bayangan fdari ikirannya. Fathi!!!

Fathi merapati Yuni. Hanya mata bertaut mata... Tiada sepatah tutur bicara... Fathi membuat isyarat tangan " saya sayang awak " dan " sudikah awak menjadi teman hidup saya? " .

Yuni menangis... menangis kerana terlalu lama menanggung rindu. Menunggu ungkapan yang ingin sangat dizahirkan oleh Fathi... Yuni bersyukur ditemukan kembali bersama Fathi.

* imbas kembali

Fathi yang terlantar di hospital akibat cedera parah dipukul mendapat tahu Yuni juga berada di sana kerana kemalangan. Keadaan Yuni ketika itu tidak mengizinkan sesiapa pun melawatnya. Fathi berjumpa Zatty dan meminta izin untuk melawat Yuni tetapi tidak berjaya. Zatty berjanji akan memberitahu perkembangan semasa tentang diri Yuni walaupun mereka berpindah ke Switzerland.

Melihatkan keadaan Yuni, Fathi bertekad untuk menjaga dan melindungi Yuni seumur hidupnya. Dia ingin hidup dalam dunia Yuni. Dunia tanpa suara... Duit yang diberikan ibu Yuni dulu tidak disia-siakan. Fathi melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti dalam bidang pendidikan khas masalah pendengaran. Fathi percaya, bicara cinta bukan sekadar bahasa....

No comments: