Radio Karat Aku

Tuesday, June 9, 2009

Koir Lagi...




Alahai... Apakan daya... koir lagi.. Tapi aku suka sebab dah abis exam. Pergi pun dengan fikiran yg kosong. Walaupun koir ni cuma beberapa minit je tapi kami kena buat preparation beberapa hari... Sebab tu aku suka pergi masa otak tak berserabut. Kali ni kumpulan koir campur KPLI, PISMP-OUM, PISMP sem 5 and PISM sem 1. Wahh..., ramai gitu... ni lah first time seumur hidup aku koir ngn warga blok muzik. Seronok mmg seronok. Macam2 ragam and macam2 pengalaman. Hehehe...





Koir kali ni (2 Jun) diadakan di Dewan Za'ba, IBMM untuk Pelancaran Buku Sejarah Perguruan Malaysia. Menteri Pelajaran kita merangkap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Muhyiddin bin Ahmad Yasin hadir melancarkan majlis pada hari tersebut. Datin Asariah pun hadir jugak. Pendek kata, ramailah menteri2, pegawai2 PPD, JPN dan pensyarah2 yg hadir. Semua muka2 berpangkat besar. Wartawan pun de datang jugak. Yang aku nampak wartawan RTM je la... Pasal aku dok belakang pentas. Usha sikit2 je..

Buku Sejarah Perguruan Malaysia ni menerangkan tentang sejarah perkembangan profesion perguruan di Malaysia sejak zaman British dalu hinggalah sekarang. Aku sempat juga belek2 buku tu. Ada banyak gambar. Seronok untuk orang yang kurang gemar membaca seperti aku. Ahaha...



Tak sangka JPP IPIK sudi datang (Adham and his friend. Tak ingat nama lah). Terima kasih kerana datang and bagi support. Am denagn kawan dia tu siap pakai kot lagi. Am kata, patutnya ramai lagi JPP yg nak datang tapi tinggal 2 orang ni aje. Tak pe... Ni pun dah kira bagus. Terasa jugak kami ni diingati dan dihargai.

Koir IPIK dapat tepukan yg gemuruh and pujian dari banyak pihak (bukan nak bangga tau. jangan salah faham. huhu...) Pengarah kita pun senyum lebar je masa majlis tu. Alahai... dah dapat pujian. Kalau aku pun, aku senyum sampai ke telinga! Hehehe....

3 comments:

kimisai said...

heheh
koir2 letih ...tp pnglaman
mtak r duit kat mr mah......

Zainab Mohd Salleh said...

hahaha...duit??? duit praktikum yg patutnya kita dpt tu pun x dpt2 lg....huhuu....

Zainab Mohd Salleh said...
This comment has been removed by the author.